Anda tahu anda perlu melakukan sesuatu terhadap pengurusan masa anda apabila:
- Masih membaca suratkhabar bertarikh 4-5 hari lepas
- Tidak dpt membls sms dgn kadar segera,standard adalah pd keesokkan harinya
- Bil handphone di bawah nilai RM70 kerana sudah jarang2 dpt membuat panggilan bertanya khabar ibu bapa kakak ayam itik di kampung
-Mendpt balasan sms berbunyi ‘hah,hidup lagi kau,aku ingt dah lenyap di telan bumi’ tatkala menghntr sms kpd rakan utk bertanya khabar
-Mencabut bulu ketiak belah kanan diikuti dgn ketiak sebelah kiri seminggu kemudiannya
-Bertahan dan pasrah sahaja dgn rambut helmet yg telah dislh gunting oleh amoi salun cap ayam tanpa pergi merepair
-Sudah setahun tidak menonton wayang
-Sudah bertahun-tahun tidak membuat facial (paham dah skangkan kenapa muka kerak masih bertahan)
-Kali terakhir membeli novel iaitu pada harijadi yg ke-27 tahun dimana selepas 4 tahun bookmark yg terselit tidak berganjak2,masih berada di muka surat 5.
-Sudah tidak mengikuti siri2 tv kegemaran yg dahulunya tidak boleh miss langsung,dan apabila berpeluang menonton di waktu senggang diri akan merasa spt taik sbb dah tak paham jln cerita,like ‘ sejak bila pulak si lynette ni sakit barah’ or ‘spa q dah masuk musim ke2?i thought musim pertama tak abis lg? ’
-Profile picture utk akaun Friendster adalah gmbr usang tahun 2007.
-Kali terakhir update facebook adalah semasa mabuk2 mengandung anak ke2 yg mana anak ke2 kini sudah memasuki umur 4bln.
-Kali terakhir melipat baju ialah 6 bulan lepas(eh itu pun mak mentua yg tolong lipatkan)
-Bakul baju bersih sudah bertambah dr satu menjadi tiga,dan kesemuanya PENUH MELIMPAH RUAH
-Perlu mengais-ngais tiga bakul baju utk mencari spenda dan bra
-Perlu mengais-ngais tiga bakul baju utk mencari pakaian yg dihajati
Dan kemuncaknya apabila si suami menaburkan kata2 mencengkam jiwa(dan seterusnya rasa mcm nak mencengkam leher)
Canggih lah wardrobe baru kita, ringkas dan mudah ,portable pulak tu,boleh beli lagi sepuloh( mempamerkan muka confident sambil mengais ngais bakul mencari spenda)
Maka tahu lah anda bahawa anda perlu melakukan sesuatu terhadap pengurusan masa anda
Pelan tindakan slps ini:
-cari keratan iklan weekend maid dlm laci tepi meja mkn
-menyiapkan jadual kerja rumah utk suami (wardrobe canggih ya,beli sepuluh ya,siapppp la pasni)
-beli bakul baju lagi 2,I really need it
-mencengkam leher suami ;p
Labels: mari sayang suami, self-ranting