Bubbles of Life

Life is what life is

Wednesday, March 28, 2007

chop!

Do u know what is the best part of having a daughter?

We can share a lot of woman thing together..hoh,sounds like poyo ek?maybe some of you will say alaa,irina is only 2 years old what, apa sgt la yg boleh di share ngan budak sekecik ni,but i'll prove u wrong heheh..just see the pics:


yeah,we share the same interest in berdandan! i sikat rambut u, u sikat rambut i,hah gitu la hihi-skang ni pantang nampak aku free sikit,bila mommy duduk lepak2 dgn dia start la dia cari sikat nak menyisir rambut mommy-suka sgt dia dpt main ng rambut

best tau bila dia sikat rambut,lembut jer, mmg layan la bila ada tangan kecik mengurut2 rambut, kalau aku cam payah nak tido kan,suruh je irina sikat rambut mesti layannn..terus rasa ngantuk nak tido lps tu

close-up..hah tgk muka khusyuk tu,ni percubaan nak ikat rambut mommy,tp tak reti-i just love this dandan session,both of us really enjoy this sharing moment between mother and daughter walaupun hakikatnya mcm poyo2 jer la kan irina dandan rambut aku tu heh,and the best part is bila dia dah boring pastu nnti dia ckp "abisss, mommy dah pitty(pretty) "hihi, sebijik sama mcm aku slalu ckp kat dia lps sikat rambut dia.
ok,talking bout rambut,i had my hair cut last weekend (due to some frustration),lama dah simpan rambut ni, last potong lps confinement,then sampai skang tak potong2 (trim jer sikit2)
warning:u r about to enter GG Zone (tuan blog nak gile glamor di blog sendiri)
before..berserabutkan?

sekarang:tadaaa..aaaahhhh..ringan skit kepala..nmpk muda kan,ada mcm student tak?
(berbau kegetikan dan penuh dgn keperasanan, i know heheh)



Thursday, March 22, 2007

Not so little now..

So my little baby girl is no longer a baby huh, she’s 2 years old already..sekejap jer besar dah..and now only I realized that over playing at the playground,very rare to hear the other mommy said to their kids ‘bg baby naik dulu’,it’s more like ‘bagi kakak naik dulu’ skang ni-kakak..ahh..irina is no longer a baby to public eye too,skang kat kiddies playground dia antara budak2 yg dah dikira besar-so not used of addressing her as kakak bcoz for me she is still my little baby and dia mcm akan sentiasa baby jer lah,tapikan..baby dok diam je kan?baby cute jer buat muka comel baring2 then tak byk kerenah kan?and and baby tak pandai melwnkan?..hmmm..so not irina laa..she has done quite many things that actually indicate she is no longer a baby tapi mommy ni jer yg tak paham2(tak reti2 lg mommy?)

-choooooosy!!!
Esp bab pakaian-bab ni paling sakit kepala nak lyn-dptkah menerima hakikat sekiranya anak anda hendak tido dan begitu berkehendakkan badannya disarung fancy pink skirt beserta spaghetti strap top?or berjalan2 di shopping complex(KLCC ok,bukan tesco dpn umah tu) dgn memakai t-shirt lusuh gambar kepala singa dan selipar berbunga yg dah kusam?tidakkah dia tau bhw mommynya akan over-dressed setiap kali ke tmpt2 sebegini dan berharapkan anaknya juga akan kelihatan semenggah dan vogue? Dah 4-5bln gak irina pandai buat perangai ni, tp skang makin kronik, ada a few baju fav dia yg terpaksa disorokkan sbb dia pantang nmpk,asikla nak pakai baju tu-the latest ialah dia taknak pakai sport shoes abah belikan dan akan meraung2 setiapkali nak sarungkan kasut tu, meraung mcm kaki dia disarungkan ke dlm mulut buaya gamaknya.. dia nak selipar bunga kusam gak..serius rasa nak picit2 k

-dah pandai mengadu
Bila kena marah (slalunya mommy la yg marah) then dia buat2 nangis ngadu ng abah ckp ‘abah mommy wat..’sambil tunjuk kat mommy heheh..and sentiasa membuat pengaduan setiap kali nmpk kucing “mommy cat bite..cat bite” sambil tunjuk jari sedangkan kejadian gigitan kucing di mamak berlaku hmmm 6bln lps?

-mengajuk cakap org tua

cth:
hubby:mar,nak makan kat mana ni?
Irina:mar,akan ana ni

Hubby:yang,jom la kuar skang
Irina:yang, jom jom (sambil tarik tgn mommy)

Tersgt bahaya utk terlepas perkataan2 yg tidak elok di pendengaran esp tatkala pemanduan spt shitttt! atau oii!bapak kau laa! Kerana akan ada suara kecil halus mengikut perckpan itu..

-Pencipta alasan
tak semena2 baju yg dipakai menjadi basah sbb dia nak tukar baju lain atau ckp “shoes besar” (yer kasut tu tiba2 mengembang dgn sendirinya diatas rak kasut) bila dia taknak pakai sport shoes spt yg diarahkan, tetaplah kan memilih selipar bunga kusam tu..hmmpfff..

-perlakuan drama queen
Mcmana aku pujuk dia bila dia nangis lepas kena marah,mcm tu la dia pujuk if mommy buat2 nangis sbb tension perangai dia

“dah dah dah..,sian mommy” menuturkan ini sambil mengusap kepala mommy,boleh?

Irina’s vocabulary
English:
Mommy, nak ding (drink) your mik
Mommy, nak bush(brush) your teeth
Mommy, nak wash your hand
Mommy,nak wash(watch) barney school
She used ‘your’ instead of ‘my’ sbb dia ikut sebijik2 apa mommy n abah ckp kat dia

Malay:
-jgn mommy!(bila mommy nak babab dia)
-tak payah mommy!(esp during meal time, nak suap sendiri)
-kuar mommy!(esp time mandi,biase la nak conquer toilet sorang2)
-kepi abah!(tepi abah) bila abah err memeluk mommy
-ni na nya (ini irina punya)
-kakut angke(takut uncle) uncle merujuk kpd apek bwk lori jual tilam menggunakan pembesar suara

And bykla lg ayat2 yg dia pick up...tak larat nak dgr kdg2!hihi

Hah yg ni paling sedap and sejuk skali telinga mommy bila mendgrkan

syowi(sory) mommy.. diiringi muka ala2 innocent tak bersalah..

OH MY GOD,Irina mmg dah besar!!

Wednesday, March 21, 2007

pembungkusan di mlm hari

Last weekend shopping kat tesco brg2 ni..



ada chickadees, lollipop, chocolate, jelly, candy and tak lupa goodie bag..

then rasa cam tak best, semlm grab mainan wisel ni plak.
then semua2 snack td beserta dgn mainan wisel ni di pack masuk dlm goodie bag, so sume total ada 25 bungkusan kecik snack..


tadaaa..siap dah 25 goodie bag-mlm td tido pukul 12 lebih membuat kerja2 pembungkusan..and pagi td hantar irina gi nursery, bwk la skali bondongan bag plastic ni utk di bagi kat kwn2 irina di nursery..sumer total ada 25 org,so 25 goodie bag..(actually buat 27,extra 2)
kenapa tiba2 berhati mulia? membuat kerja amal dgn bersedekah mknan snek dan wisel kpd anak2 kecil di nursery?bukan naik gaji, bukan dpt increment, bukan kena loteri..
it's a birthday celebration!happy 2nd birthday to my kesayangan lemak berkrim Iman Irina!
eee dah besar,dah 2thn,happy birthday syg,meh mommy tiup perut lemak tu meh!
ptg ni turn beramal jariah utk cikgu2 kat nursery plak,i think KFC bucket will do..hati cikgu2 pun nak kena jaga gakkan..(aku tau aku kedgran spt seorg emak yg kiasu,politik beb!) ;p

Wednesday, March 14, 2007

batu kerikil

Mcm stone laa..bukan stone batu-batuan tu tau, tp ni kepala stone, mcm mat2 rempit slalu ckp tu ‘kepala wa tgh stone ni beb’ hah camtu la..stone,high,di awang-awangan..tapi bkn ambik dadah or ecstacy tau, dlm kes aku ni stone sbb overdose dgn keje..belambak sgt..

Haaaishhh..

For the past 2 weeks,I’ve been running on max performance mode since my colleague is on MC due to chicken pox,so the works have been doubled for me-nak kautim kerja sendiri, kerja si budak MC, kerja bos, dlm pada tu ada pulak selitan2 kerja macai spt tea lady, prepare irrelevant document, taip surat dan entertain sales call (entertain bererti bersedia utk mendgr segala komplen dan makian)-multi-tasker aku ni,tak sangka sungguh mempunyai byk bakat terpendam, tu tinggal lobang jamban jer yg tak tersumbat lg, kalau tak for sure kena lah!

Ok stop talking crap.

Yesterday was the most ultimate day, ‘hari stone sedunia’ shall I say..tahap stone tu dimana bila u pejam mata,u can feel that your surrounding is revolving, your mind blank, mcm hang, mental block, otak tepu and u cant think of any single thing pun even yg simple2, nak kira 5 x 8 pun siap tekan calculator,bygkan la-schematic drawing of 11th floor building, budget costing for 3 proposal, technical fill up, autocad drawing for consultant, prepare quotation, aku ada 2 tgn jer tau tak?kalau siku or kepala lutut or tumit kaki boleh pakai nak taip kat keyboard ni takpe la oii-ok,i’m talking crap again.

sambung blk, so semlmkan buat2 kerja rush itu ini lari sana sini marah sume org, bila tiba masa lunch betul2 rasa tak larat,mentally tired..pejam mata masa tu dah rasa mcm nak pitam (I wish sgt2 pitam so boleh blk umah takyah buat keje ehe) tp tak pitam la pulak kan..then blurr tak tau nak mkn apa-asikla tapau nasik makcik van luar pagar pastu mkn kat pantry ng colleague cina, dgr diaorg ckp cong ceng cong ceng kang lg menambahkan pening kepala-so I just decided to drive and find food outside. Pergi mamak,ingat nak tapau mee goreng mamak mkn dlm keta(aku tau aku mmg takde life) then I just ahhh mkn je la sini sorang2. So there I was sitting at one corner order nasi goreng ayam ngan air sirap, mkn sorang2, muka stone mengunyah makanan sambil merenung kepala botak uncle yg dok dpn aku ..can u imagine that?serius aku rasa mcm org yg takde life sgt, takde kwn2 and idup sebtg kara atas dunia. But surprisingly I didn’t feel awkward at all, aku mcm tak pedulik dan tak kisah even aku tau byk mata2 yg dok perati n wonder-mayb sbb aku stone kot..agaknya kalau aku normal tak stone segan gak nak mkn sorang2, ramai lak tu,lunch hr kan..

So in conclusion (as usual la kesimpulan kena ada mcm karangan spm kan) dlm pemerhatian aku semlm kat kedai mamak tu, org yg mkn sorang2 ni selalunya akan membaca paper sambil mkn atau bermain2 dgn handphone,tak kira la msg ke or ckp2 kat phone (mayb hakikatnya dia berckp sorang diri) so that they will never look uncomfortable or kekok mkn sorang2,and by doing that they will occupy the time, buat2 busy sambil mkn so takla nmpk mcm sengal je kan-mcm aku semlm laa..dah tak pasal2 terpaksa merenung kepala uncle botak sbb tak beli newspaper and tak bwk handphone..well,we’ll see today, mayb aku kena berckp kat tepon sorang2 arini or else merenung apa2 objek yg dok kat dpn aku..(jgnla uncle botak tu lg)

I know entry hari ni mcm semacam, pardon me ppl..i'm so stone..wish you a nice day ahead..

Tuesday, March 06, 2007

Of being Judgemental

I received an email that consists of video seorg lelaki tua which is believe to be someone from high rank position in government sector dimana org tua itu sdg beromen2 dgn seorg gadis bertudung di dlm lif yg juga dipercayai seorg kakitgn kerajaan bawahannya.
And I believe this scandal dah kluar di dada2 akhbar which I read bout that a few days ago.

My expression?ini adalah kejiiiii

Sory if the word is quite harsh, but it suits them well..

Kekejian pertama: pakcik, tak segan ke dgn anak cucu?gersang gila ke smpi dlm lif pun on

Kekejian kedua:kau pakai tudung, pakai baju kurung, kau mem potray kan diri sbg seorg muslimah sejati tp kau buat keji dlm lif, kau ni memalukan la weii

Sue me kalau apa aku ckp berbau cynical and sceptical but I think I deserve to feel this way esp after my meeting with my ex-lecturer a few weeks back. I think I had written somewhere here in my blog bout my passion to work in government sector and I did apply for some position there but gagal la kan-I really aim to work under Uitm dimana I have already plan for my future if I manage to work there (kerja then further my study). So then I decided to meet with my ex-lecturer which happen now to work under Development Div Uitm, dimana sgtla sesuai dgn my working experience skang and kalau dia nak merekomen aku kerja takla dia malu kan-so here goes my conversation with him:

En M: Saya bkn taknak rekomen awak,tp terus terang saya ckp la,kalau awak nak keje sini, awak kena tukar imej
Me: huh?tukar imej camne? (imej hip hop ke?)
En M:frankly speaking la, mana2 awak pegi kat gov sector ni kan, esp Uitm dept saya tu, diorg prefer wanita2 yg pakai tudung haaa..ni saya ckp awal2 la ni,awak letak gmbr awak kat situ free-hair, awal2 lg diaorg dah reject!
Me:#$^$&)#$%@$!@#$%^!!!! (keluar segala bapak carutan di dunia)

What’s wrong with us women yg tak pakai tudung?jahat ke?berperangai buruk?or is it we are not even at par with those women yg menutup aurat, tak layak duduk and berdiri sama tinggi with them, mcm tu ke?

Mungkin persoalan yg aku timbulkan agak sensitive and mungkin some of u will feel disgusted and say ‘eh kau jahil ke tak tau hukum hakam pakai tudung tu wajib?’ or ‘hah dah tau mcm tu pakai la tudung’-I’m fully aware of that but it’s not something that I’m going to discuss (at least bukan sekarang and aku rasa tak layak lg utk aku berckp bab agama) but the bottom part of this is why must we discriminate ppl based on the way they look?kenapa sikap double-standard ni perlu wujud?adakah dgn memakai tudung dan berimej muslimah gerenti sesorg itu berkelakuan baik dan mulia?seorg yg terpuji akhlaknya?dan adakah seseorg yg tidak memakai tudung itu jahat?sentiasa terpesong adab sosialnya?berperilaku keji dan tidak bermoral?

Seriously said,aku dah fed up dgn mentality2 camni-bias, bersikap memilih and menghukum berdasarkan penampilan,tgkla isi nya, bukan kulitnya..bukan jahat pun aku ni ha,even tak pakai tudung dan rambut bewarna, aku pun ada hati dan perasaan yg sensitive gak, aku pun tau limit2 dan batasan- kalau aku ni keji sgt tak la aku giler syg kat binatang,takkan aku sanggup nak celup tgn dlm lobang jamban nak selamatkan Olaf anak kucing aku dr mati kelemasan bersama air taik or kalau aku terukkan, aku dah jadik minah rempit skang ni or worst still, tak berkahwin pun,ye la social kan..huha sana sini je la takyah ada commitment, what for having faith in marriage institution?tp aku tak camtu pun..and kalau la semua yg berlitup tu baik, tak la pulak jadi kes pompuan dlm e mial tu kan?or mcm budak UM beromen kat tepi tangga vista angkasa dan byk jugak kes kat tepi2 semak and air terjun sempat lg menyelak baju sambil boifren meraba sana sini tp tudung atas kepala..ok la cth paling dekat,ni hah perempuan sekor kat opis aku yg mencuri sparepart ni, bertudung litup ckp lembut kemain, jauh beza la ng aku kan yg ckp ketawa kuat mcm ntah hape2 ni, tapi tengok..senyap2 mencuri..mkn duit haram..selamba jer muka..cubala kalau beraturkan kitaorg dua org ni as a suspect, confirm org ckp aku lah pencuriknya sbbnya penampilan aku,ye la sapa nak sangka budak bertudung litup buatkan..fair ke tu?fair ke???for me la kan, sekeji2 manusia ialah menggunakan imej islam dan alim utk mengaburi kekejian yg dilakukan demi mahu dipandang mulia, lagi keji dr pelacur yg terang2 melacur, at least diaorg tu sedar diri pelacur dan tak berpura2..

what I’m trying to say is jahat or baik kelakuan, mulia atau keji bkn ditentukan dr penampilan seseorg, let alone terus menghukum(in my case,di reject awal2 tanpa memberi peluang di temuduga,aku terhukum k..)- tak semestinya yg nampak jahat itu jahat and same goes the other way round, yg nampak baik tak semestinya baik..nilai la seseorg dr keikhlasan dan kejujuran(aku tau aku bunyi mcm kak yong), at least bg la peluang dulu-nobody’s perfect pun kan..

to my sistahs(along, ija n adik), my close friends and youu my blogger friends, I’m so believe that you are just the way you are, so true and sincere (I feel that) and i'm truly respect all of u-as a matter of fact some of you have been my role model secara senyap so that i can improve myself, to be a good person disisi masyarakat, di sisi tuhan..