Bubbles of Life

Life is what life is

Monday, May 18, 2009

Run Irina run!

Yesterday was irina's kindie sport day. In fact there were 5 smart reader centres based in shah alam took part in this event. It started as early as 8.30am and finished around 12noon.

The main thing is i still cannot believe that yesterday i watched my own daughter participate in school sport. I mean,it feels only yesterday pak Omar dtg sek ren Sultan abu Bakar, berdiri di tepi padang bertepuk tgn sambil berteriak memberi sokongan kpd seorg kanak-kanak hitam comot dan kurus yang tersemput semput berlumba lari dgn berkaki ayam.

rasa mcm baru semalam kedgran mak dgn abah ckp 'wah,best la dpt hadiah kaler, nnti lari laju2 lagi ya' sambil mengusap ngusap kepala kanak2 itu. dan rasa mcm baru semlm jugak kanak2 perempuan hitam rambut jarang dan berbau masam itu menggenggam erat hadiah kaler pensil luna yg dimenanginya sambil bertekad utk berlari dgn lebih laju lg pd thn hadapan.

semuanya rasa mcm baru semlm terjadi.

tuptup jer semlm dah tgk anak sendiri berlari2 participate dlm sukan, and tuptup my turn pulak duduk tepi padang (futsal court actually) berteriak sambil bertepuk tgn memberi sokongan kt anak. Tak lupa juga membuat muka riak apabila team anak menang sambil memekak-mekak di balik jaring court 'good job irina!good job!' Over tak over marfuza semlm.

dahtu boleh pulak nak rasa terharu sampai bergenang air mata. Dgn gaya dramatic ala ala pelakon drama slot samarinda, air mata yg bergenang di balik kaca mata hitam itu dikesat perlahan2 dgn tisu tesco. ye lah mcm tak sangka ini lah dia budaknya yg melalak lalak masa pantang,ini lah dia budaknya yg buat mak dia hampir meroyan berlari2 dgn kain batik,daaah masuk pertandingan sukan ,kejap jer besar dah...

anak makin membesar,umur juga makin bertambah, pangkal umur dah angka 3, masih tak sedar sedar diri jugak,apa lah nak jadik..semakin laju lah air mata yg merembes dibalik kaca mata hitam itu uhuhuk

cukup lah drama sebabak ni. Meh layan gmbr pulak ;p
































This saturday ada parent-teacher meeting pulak, nak bincang psl result mid term exam yg baru lepas. Ala ala hari terbuka ambik report card la ni. mana rupa lah pencapaian anak dara sunti saya ni ya.
Jgn air mata meleleh lagi bila tgk result dia sudah laa ;)

Labels: , ,

Monday, March 23, 2009

4 Little Candles

HAPPY 4TH BIRTHDAY TO MY DARLING GIRL IMAN IRINA

NO DOUBT,SHE IS STILL MY LITTLE GIRL, MY MASYAM MANJA(masih ya,sentiasa menangis nak mummy kalau mummy takde dpn mata) AND MY VERYYY MINI-ME

BE A GOOD GIRL KAKAK.

STAY BUBBLY. STAY MAKCIK KIAH. STAY SPECIAL.

I LOVE U.

WE ALL LOVE U!

We went back to my hometown last weekend and had a small birthday celebration at my atuk sam's house in muar




my cousin,10 year old nadiah with her friend (bajet kt rumah atuk saya ramai kanak2 di sekeliling rumah so meriah skit nak celebrate,tp 2 org je ada,jadik la)





with mummy and adik izmeer


and on the same day at tokbak's house, mak usu bought a cute cupcake for the little cheeky




special gift and card from mak usu


tokbak turut memeriahkan majlis dgn tema pakaian berkonsep santaian.


AND another one:HAPPY 4 MONTH OLD IMAN IZMEER
it feels like yesterday u tossed and turned inside mummy's womb






and now u r busy tossing and turning on mommy's bed


STAY GOODBOY.

STAY MONTOS.

STAY MAT SENGIH.
AND STAY KEPAM TOO.
MUAAAAHSSS.

Labels: , ,

Monday, August 11, 2008

Iman Irina's world

Hi. Nama saya iman irina.

Saya berumur 3thn 5 bln.



Saya adalah mommy’s daughter. Ini gmbr saya bersama mommy tercinta di wet world shah alam.Semua org mengatakan dlm perut mommy ada baby, tp saya tidak peduli itu semua. Yg saya tahu saya mahu mommy sentiasa mendukung saya kerana kdg2 saya merasa spt mahu mengada-ngada dan bermanja.

Lihatlah muka saya yg masam itu kerana telah dimarahi akibat perbuatan mengada2 saya dan lihatlah juga lengan dan badan mommy yg sedang berkembang dgn pesatnya. Saya ingin memberitahu bhw mommy cuba menyembunyikan ukurlilit perutnya disebalik baju hitam itu ttp tidak berjaya.


Saya kembali girang apabila abah memujuk saya dgn pelampung besar.



saya berasakan spt model baju renang di kala ini.



disebabkan merasa bangga yg teramat, saya tidak dpt mengontrol tahap kekembangan hidung saya.



sekiranya tidak melakukan aktiviti riadah di luar,saya akan duduk dirumah shj smbil menyiapkan kerja sekolah.



iya betul, saya hanya berangan shj. Saya belum bersekolah lagi .Saya hanya feeling2 spt sudah bersekolah dgn mempunyai buku, pensil, color pencil dan bag. Saya sering merengek kpd mommy utk mendaftarkan saya di sekolah 'mat ridal'(read:smart reader). spt kakak qistina dahulu. Mommy akan berkata 'iyo laaaah, nnti mommy suruh abah cap duit byk2 kt blakang rumah ya' dan saya akan riang gembira semula.


ini lah kerja sekolah saya.



slps puas feeling2 budak sekolah, saya akan feeling spt seorg pekerja kolar putih walaupun kolar baju saya tidak beberapa putih dan ada beberapa kudup bunga ros disitu.


saya gemar bermain dgn PDA abah walaupun ia diringi dgn pandangan risau tuan empunya pda dan renungan tajam mommy. Kdg2 renungan tajam itu akan bertukar menjadi suara high pitch yg menggerunkan apabila saya terjatuhkan pda itu atau membaling 'stylus'nya setelah bosan bermain.



saya juga suka feeling2 spt org dewasa. Lihatlah saya menyedut siput sedut masak lemak dgn berselera sekali.



dan ini pula adalah close up saya yg sdg menikmati lala. Bibir saya menjadi begitu akibat perbuatan menyedut siput sedut tadi dgn bersungguh-sungguh.


setelah berperut kenyang, saya feeling2 pula spt wanita dewasa dgn meng'apply'kan lipstick di bibir. Tidak perlu hirau dgn wajah yg sudah comot dan rambut yg bergerbangan kerana gaya itu adalah penting.

setelah letih ber'feeling-feeling' spt model, budak sekolah,wanita bergaya dan sebagainya, saya kembali kpd dunia realiti saya. Inilah dunia saya yg sebenar. Saya dan babydoll.





babydoll saya sdg demam semput. saya sdg menekup keseluruhan mukanya selama beberapa minnit dgn inhaler bertujuan utk merawatnya.



saya tidak sabar2 utk mempunyai adik sendiri so saya dpt bermain2 dgnnya. Saya sudah menanam azam utk merawat adik saya dgn inhaler spt apa yg saya buat pd babydoll. Apabila saya berkata begini kpd mommy,mommy akan merenung saya dgn pandangan ngeri sambil bersuara 'oh nooooo..tidaaaaaakkk..'
saya tahu itu tanda mommy merestuinya.
bye-bye. ;)

Labels: