Bubbles of Life

Life is what life is

Wednesday, February 28, 2007

aneh kah?

I've been tagged by mommyalif, to list down 6 weird things about myself,so here goes my lists:

Weirdo no 1-mengagumi rambut gatal dan blackhead
I’m so obsess with rambut gatal, tau kan rambut gatal?frizzy hair yg ada di celahan rambut yg lurus, sng cite rambut rosak la-rambut gatal ni lagi keteng lagi best,lagi mcm magie,lagi laaa aku tempted nak cabut-kdg2 sambil buat keje aku suka raba kepala carik rambut gatal ni, feeling dia fuhhh! high jer esp bila dpt cabut yg paling kerenteng and magie-yg menggerunkan ialah aku bkn aim kat kepala aku sorang jer,tp geram tgk rambut gatal org lain jugak-kalau setakat adik beradik or kwn2 tu mmg dah puas la rambut diaorg aku kerjakan, ni masalahnya bila dgn stranger/collegue/client pun aku bernafsu kat rambut gatal diaorg gak, rasa mcm rambut tu melambai2 je kat aku mintak di cabut,boleh?same goes to blackhead/whitehead kat muka-baik muka sendiri atau kat muka org lain,aku mmg geram bila tgk-there’s one time aku jumpa client di mana dia ada blackhead yg besar kat btg idung, blackhead tu kalau tekan sikit jer sure sng kluar,disbbkan aku asik pandang blackhead dia sambil membygkan aku menekan blackhead tu kluar,aku tak concentrate n tak paham sepatah haram pun apa yg dia explain-end up aku blk lmbt aritu sbb terkial2 buat proposal yg takde clear guideline(nak call client tanya blk takut sbb td beria2 anggukkan) tak pasal2 blackhead tu kena maki..

Weirdo no 2-si sesat barat di kota kuala lumpur
My sense of direction sucks!aku pelik la tak kira la brapa kali aku dah lalu jln tu, aku mesti tak hafal punya, tak ingat2-jgn la suruh aku drive sorang2 esp area PJ old town or Damansara,aku mmg lost, confirm boleh smpi ipoh-pd aku jln tu nampak sama jer.Hubby slalu bising kat aku sbb dia lah nnti org yg aku susahkan bila aku dah sesat

Yang sesat dah ni…byg putrajaya tak nmpak pun, tetiba dah sampai dengkil, yang dtg sini ambik eh,tak reti nak blk ni’
‘laaa..kan baru pegi sana minggu lepas, tak ingat dah?ya rabbi ni baru kuar hutan mana ni?’
kejam tak kejam ayat?

Paling kronik skali kdg2 kat shopping complex kalau nak pergi toilet kan mcm selok belok sikit kan?masuk kiri then kanan then kiri blk baru jumpa toilet, hah aku bila kuar toilet tu slalu blurr,tak tau nak gi kiri ke kanan, slalu jer end up jumpa pintu ke tangga kecemasan-ni pelik ke apa ni?or is it bongok is the best word to describe?

Weirdo no 3-mengagumi kaum sejenis, boleh?
I’m sooo worship beautiful gals hahah..aku rasa yg ni pelik-tak tau la pasal aku suka tgk pompuan cantik dan hot, drool drool.. but but don’t get me wrong ya,I’m not a lesbo here, kalau lesbo tak la pulak aku kawin ng beranakkan, just that mengagumi keindahan makhluk ciptaan tuhan even with a same gender,takkan asik nak tgk laki hensem jer kan,adil la skit -dan utk menambahkan lagi kepelikan dan kejelekan, aku siap suruh lagi hubby tgk pompuan cantik tu dan kami bersama2 mengagumi kecantikkan dia, giler mental kan aku?slalu la kalau lepak kat mamak or jln kat shopping complex, ada chic cantik yg lalu or amoi seksi ke aku mesti cuit hubby suruh dia tgk gak..

“yang,yang tgk awek tu,cun laa” or “gila la amoi tu selamba jer jln tunjuk cleavage, tgk la cpt yang!-and I was once a math tuition teacher for one of my friend’s cousin, this gal is a tv model,I tell you, she’s drop dead gorgeous, budak baru 15thn tp cantik giler..aku slalu jer bersemangat nak gi umah dia ajar tuition sbb nak tgk muka jelita dia tu..pelikkan aku ni?ke jelek?

Weirdo no 4-are u out of your fookin' mind mar?
Baca ruangan obituary kat newspaper (the star or NST),it's like suke ok,serius tak tipu. Tak tau la apsal perangai aku buruk camni-this section mmg takkan miss punya;tgk gambar org yg dah meninggal, pastu baca nama anak2 dia, menantu, cucu cicit..pastu suka gak baca poem2 yg ditulis-kan ada date of birth and death kat situ kan,nnti start la aku buat pengiraan umur dia masa meninggal..pastu kang yg mana meninggal muda ditambah plak dia hensem/cantik mula la aku simpati lebih, nnti aku ckp dlm hati..”sian..muda2 lagi dah mati..dahla kau ni hensem..” mcmla org hensem tak boleh mati awal-apa kena la dgn aku ni, taknak ckp lebih2 la, aku pun dah gerun dgn diri sendiri..

Weirdo no 5-gawwddd..get a life la mar
Suka meramas perut yg buncit haha! Masa zaman study dulu, slalu meraba dan meramas perut kwn2 esp my housemate, dah ramas perut kwn, kang ramas perut sendiri pulak-skang target terbaru adalah perut Irina,syok dpt usap perut dia, dah usap pastu cium ng tiup perut dia, best best! lembut jer mcm jelly haha-k la enough said, aku mmg freako..

Weirdo no 6:i've got nothing to say..i rest my case..
Suka berlagak spt baby bila berdua dgn hubby. Slalu membuat suara spt baby dan akan berckp ‘ni baby abg ni, yg ni baby’ sambil menunjuk kpd diri sendiri dan memaksa hubby ckp ‘ye la a’ah baby..’(slalu flat intonation,takde perasaan)-did I mention bout bersengayut and bergantung di belakang badan hubby mintak dicapuk?now,I don’t think this is pelik, menjengkelkan is more like it..

mommyalif, ok tak ni?puas ati tak?hihi-as what had been said by other bloggers yg dah di tag,i dont know wether to classified all the list above as weird or not, ke kot aku yg syok sendiri ingat weird tp tak weird pun bg sesetgh org..so who's next?haha(evil laugh) let me see..

nohachomel, xura nurkasih, hotmama, rafiqaheliza, zetty..u've been tagged!c'mon frens, cpt citerrr kepelikan masing2, jgn la malu2 ya..heheh

Monday, February 26, 2007

Rombongan Cik Kiah-Grand Finale

Langkawi, Day 3: Sat 10th Feb 07

it was a shopping day!!or shall i called it a 'makcik kiah day!' shopping satu hari, mmg mak cik kiah abis!


us, makcik kiah wannabe on the way to 'ismail group' and idaman suri shopping place..saat2 terakhir merakam muka manis dan gembira seblm duit menjadi tipis ..senyum makcik2 kiah sume..tak tau lg nasib masing2 tu..

tadaaaa...inilah muka2 sentap kehabisan duit tp masih memaksa senyuman..vision 3 set, corningware 2 set, pinggan mangkuk dulang sudu kuali belanga sume ada dlm buntil plastic tu, anak2 pak omar spt tak pernah jumpa pinggan mangkuk,sungguh memalukan..tapikan(cik kiah dah start menyinsing lengan sambil bersimpuh) mmg murah harga dia compared kat kl ni,kat sogo i dah check double the price you!corningware kat sogo rm5++ kat sini dpt rm199 jer!vision pun sama!rugi tak beli cik tom oiii!aku tak pernah menjangka akan menjadi org yg gilakan pinggan mangkuk sebegini awal,gawwdd makciknya aku ni!i have no life uhuhu

ketua rombongan makcik kiah yg paling tersentap sekali sehingga berupa sedemikian rupa..1 luggage penuh dgn brg2 fragile and satu luggage penuh coklat, anak2 pak omar tidak akan kelihatan dimana2 shopping complex dlm tempoh sebln dua ni bg membolehkan usaha memulihkan poket yg hangus rentung berjln dgn lancar..end of day 3..
Langkawi, Day 4: Sunday 11th Feb 07

dah nak balik dah..huhu..

bye-bye condo istana..sapa2 yg plan nak pegi langkawi bersama family yg ramai boleh consider tmpt ni..the rental charge is reasonable and facilities pun best;pool, gym, laundry, pool side cafe, the food hmmm tak byk choice sgt tp ada byk restaurant and stall2 kat area condo so u have alternative here,and the distance to idaman suri n tmpt2 shopping lain tak jauh sgt, jadi proses utk anda menghabiskan duit akan menjadi lebih cpt dan mudah heheh

'maaf ye akak2 kiah, ni dah overloaded 17kgs ni, kalu nak check in kargo gak 1kg kita charge rm8' hah ambik..tak menyadarkan diri lg kat idaman suri tu sapa suruh..

atas plane on the way back to kl,1145am..muka tak berduit yg sdg tersenyum2 kelat,sian adik..mkn maggie yer bln ni?ish ish..nasib akak ada laki yg tanggung hoho
conclusion:
1) vacation adalah best
2) vacation bersama adik beradik lg best
3)kasih syg saya terhadap adik beradik saya semakin bertambah
4)adik beradik saya mmg makcik2 kiah

Thursday, February 22, 2007

Rombongan Cik Kiah -Episode 1

Amaran: sila jgn muntah darah, entry ni penuh dgn muka tuan punya blog yg kelihatan spt gila glam bergambar dan berposing sana sini. Harap maklum.

Langkawi: Day 1 (Thursday 8th Feb 07)

Reached langkawi air port around 12.30noon, terus check-in kat condo istana, pekan kuah. Basically we did nothing on this day, cuma lepas lunch we went to idaman suri,one of the fofular shopping complex kat pekan kuah to survey brg2 and the rest of the time lepak kat kondo, ptg acara men'conquer' swimming pool dan mlmnya just relax tak kuar mana2 pun..save energy for next day's activities..



this is what i called swimming..mencelupkan lutut di gigi air,menarik bukan?

keluarga pak omar sedang menguasai kolam.. aku geram jer nak masuk adult punya pool tu,tp kena jaga anak la pulak kan..so acara mencelup lutut aje laa..

L to R:along's hubby, along, ija's hubby and me
kita tapau je mlm2 awak,semua org penat nak kluar, syok gak rent kondo ni,sume facilities ada, pinggan, sudu,toaster..tp jgn la pulak beria2 memasak kan, bwk kuali piok guni beras bagai..kami tidak akan sekali kali memalukan nama pak omar kat kg


my beloved sistahs;ija, along the eldest, and our youngest sis, adik-no no, she's not spastic even she does look like one
Langkawi: Day 2 (Friday 9th Feb 07)

Us, at dataran helang..

another different view at dataran helang

after dataran helang, we went to satu tmpt perusahaan gamat and memborong product gamat (standard la ni gi langkawi mesti beli minyak gamat), tp takde gambar la plak..takpe la,skip terus ke acara yg seterusnya iaitu perkampungan mahsuri..hah ni gambar kat telaga mahsuri. Lama jugak kat sini, ada kubur mahsuri, rumah mahsuri and ada muzium menceritakan kisah lagenda mahsuri..


after lunch, kita pergi sini pulak..underwater world langkawi..bestttttt!!tp mmg masa ni panas terik kepala dah start sakit, mmg potongggg, org dtg dr jauh nak tgk ikan, walrus, penguin anjing laut segala dia sibuk nak migrain pulak kepala ni..

motif gambar?selain nak menunjukkan muka 2 beranak yg berminyak dan kelegaman, tu hah nak tunjuk ikan besar lalu tp tak jelas sgt, mmg byk yg snap dlm ni sume gelap2 and ada reflection sbb glass kat blakang, boleh la ni..


another gila glam pose. Lps underwater world, kita naik cable car pulak-fuhh mmg gayat, tinggiiiiii..masa ni kepala dah bisa semcm sbb migrain, tp control sbb gila glam punya psl nak bergambar. Irina takut naik cable car ni, dia peluk mommy kuat sgt


dekat 2nd station 700m above sea level!mmg cantik sgt pemandangan!the weather was nice but it was chilling up here!


kesudahan hari ke 2 di langkawi..saya M*****a bt Omar dgn bangga nya ingin menyatakan bhw saya telah memuntah di station cable car yg berketinggian 700m di atas paras laut, di mana saya yakin tidak ramai yg berpeluang utk memuntah dgn ketinggian yg sebegitu, di tambah lg dgn kehadiran ramai pelancong2 asing yg turut menyaksikan..giler la aku dah takleh nak cover dah, masa ni mmg dah tak terthn2 dah sakit kepala, telan ponstan pun tak jln, terus muntah..nasib kakak2 sume best and verrry helpful-my retarded sister?dia yg byk jagakan irina, retard retard pun boleh harap,thanks sistahs!

nnti smbg lagi..

Thursday, February 15, 2007

V is for Vitagen, eh Valentine's oops!

Yesterday was Valentine’s Day.

A few of bouquet of roses reached my office yesterday, belongs to amoi amoi kat admin dept,hah nampakla muka sorang2 glowing and radiant sbb dpt bunga dr boifren masing2

‘wow!a full bouquet of lilies!this must be very expensive!’I told ms kor yg tgh teruja dpt bunga

‘yeah..my favourite flower,that’s why my boifren buy this for me” she smell the flower, put up a smile and walk away. After that I was bombarded with this fav q from all of my colleagues “what did you get from your hubby for valentine’s present?” or ‘what type of flowers your hubby get for you?” and I was like duhhhh..tiap2 taun soalan ni mesti ada k,and tetiap taun jugak aku kena ckp ‘I don’t celebrate valentine, everyday is a valentine day for me and hubby’ ..aku tau ayat tu mmg berbunyi poyo dan eksyen, tp mmg aku saja nak ckp mcmtu so org yg tanya aku tu terus ‘oooo ok that’s good’ terus blah sbb dah tak tau nak ckp apa.

I mean, aku mmg tak sambut valentine’s pun, in fact 14th feb tiap2 thn adalah sama jer mcm hari2 biase yg lain, nothing special for me and hubby..mmg dr zaman bercinta dulu we dont really practisekan hari valentine’s ni sbg agenda wajib tahunan ..lain la birthday or anniversary atau hari bapa/ibu..tapi special sgt ke valentine’s ni? Kampung ke aku ni sbb tak celebrate?ke sbb working environment aku dikelilingi chinese2 yg mmg suka dgn benda camni menyebabkan aku tetiba terasa diri ni conservative dan kolot, tak mengikuti peredaran zaman bak kata org-but ada juga a few of my friends malay yg celebrate valentine’s ni;pegi hair stylist buat rambut, cari dress nak pakai gi candlelite dinner, boifren dtg ketuk pintu umah bwk bouquet of flowers, pergi candlelite dinner tangkap2 gambar then exchanged present hah!giler sebijik plot drama.

me?it’s a BIG NO NO fo Mr R.A to ask me out and celebrate valentine’s day,he just doesn’t believe in all this v day thing and fret not,sekelumit pun aku tak amik ati, I’m fine with it, why?selain dr aku merasa ni bkn budaya kita,k la aku ngaku, sbb yg lain ialah aku tak reti dgn benda2 ni sebenarnya hihi-aku tak reti nak beromantika kat bwh cahaya lilin, mkn terkuis2 dan tersipu2 sambil muzik mengiringi kesipuan aku..tak reti laa..kami adalah couple yg kayu, dua2 straight spt kayu, tp tak la pulak lnsg tak romantic, mushy2 thing ni adalah jugak cuma it’s not that formal-ye la,aku suka mkn kat tmpt yg bingit yet happening, dulu2 masa bercinta slalu dating kat uptown, hartamas square, ravi, uncle don..tak ke semua tmpt2 bingit dan memekak?so masa dating ckp pun terjerit2 sambil makan, tu tak kira aku mengilai lagi tu, so celah mananya romantik? really la i'm not used with this suasana lampuan kelam muzik melancholic ni sume-and and..aku tak reti appreciate bunga jugak..rugi jer nnti hubby beli beratus2 ringgit,and biase la being typical kampung minded aku mesti punya ckp ‘drpd belikan bunga yg beratus2 ni baik belikan i jewelry or baju or kasut’ hihi-tp ye la tak sume couple pelik mcm kitaorg ni kan, aku paham, kdg2 couple saja jer seronok2 nak sambut ni kan?takpe la,as long stil berlandaskan agama dan tak terpesong,tak salah pun..

Just say that I’m conservative, kampung, kolot orthodoks takpe, aku tak marah, but I really need to know and kind of wonder, kenapa la perlu memberi bunga di hari valentine?tau tak harga bunga bape hengget je kalau hari2 biase,ni kenapa la kena sampai beratus2 di hari valentine ni?dan tau tak bunga itu akan kering dan layu dan akan terperosok di ceruk rumah at the end of the day?tak ke tu satu pembaziran?utk makluman diamond atau kasut atau baju tidak akan layu dan kering ya.

Happy valentine’s day juga utk awak2 semua (belated)-muahhsss

Wednesday, February 07, 2007

Mari menyumbat Luggage

I hate packing things, it’s such a headache when we try to accommodate things to fit the limited luggage space, lagi2 la jenis aku ni yg sumer benda lah aku nak hangkutkan..dr baju smpi ke make up smpi ke toiletries, agaknya kalau almari baju tu boleh hangkut muat masuk keta, confirm slamat la almari tu ikut aku berjln.

Dulu2 masa bujang, packing things adalah sgt cpt dan menggembirakan, tergerak hati nak blk kg or gi overnite memana sesaat tu jugak aku boleh capai beg, grab baju, grab itu ini pastu jalannnnn..simple dan ringkas..cuba skang aku buat pusingan cpt dan pantas ni,harus byk benda yg tertinggal;kenape?sbb skang bkn pikir brg aku sorang, tp nak kena pikir brg laki ng anak skali hah tu la pasalnya tak boleh cincai mcm dulu,byk benda nak kena consider. Now ni kalau nak pergi memana, aku mmg kena pack awal, at least 2-3 hari awal, pastu buat list brg2 yg nak kena bwk;brg aku, brg hubby, brg irina. Hah cth la kan brg aku: baju jalan x helai, baju basahan y helai, brg hubby t shirt c helai, short d helai spenda z helai..haha!!bab sluar kecik ni yg paling penting, ye la sbb dia kecik kan mmg ada tendency nak tertinggal, and mmg slalu tertinggal pun kat kampung, kang balik kampung start le mak kirai spenda2 yg tertinggal ni pastu tanya sesorg ‘ni spenda laki sapa ni’ -so utk mengelakkan sluar kecik laki atau diri sendiri dipertontonkan di khalayak ramai, better aku buat list awal2 bolehla refer list then doublecheck supaya takde brg yg tertinggal..tu satu bab, bab memilih brg2 yg PERLU DAN PENTING SHJ ni yg aku fail ni. Aku ni bila nak berjln start la mental, kalau baju tu sumer baju lah kang aku rasa nak bwk, baju ni kena bwk nak pakai siang, baju ni casual sesuai nnti jln2 masa shopping, sluar ni kena bwk sbb gaya kalau pakai tepi pantai bla bla bla bykla songehnya kan..drpd boleh bwk beg kecik dah kena bwk beg besar tu yg smpi kdg2 hubby tanya ‘ni nak blk kg ke nak gi mekah?’ hmmpffff..

Hah brg anak lak, ni la bab plg headache skali, baju confirm kena bwk byk,ye la budakkan, baju diaorg cpt kotor, baju mlm jer dah confirm tukar 2kali, siang jgn citer la,kang yg mkn aiskrim la, mkn cekedees la, tumpah itu tumpah ini, tak tukar kang confirm belacan la kan..handkerchief, stoking, bib adalah wajib. Tu baru bab baju, tak masuk lg toiletries, susu, botol susu,wet tissue, berus botol, thermos sumer haaishhh..letih mak..hah ada lagi ada lagi,ia iaitu mengangkut sekali brg2 sampingan yg tidaklah penting kpd kita ttp adalah begitu bermakna kpd si anak spt bantal masam, babybear , koleksi vcd dan mainan2 favourite.

Kalau travel naik keta okla;brg hubby ng aku satu beg, irina satu beg,pastu bakul isi susu thermos ni sumer sumbat la dlm boot keta,tak muat boot letak kat seat blakang-la ni masalahnya kalau nak travel naik flight celahmanaya?giler la kan nak hangkut bakul,tin susu berbondong2 kat airport, tak vogue la kan (ramai ramai ckp,perasaaaaaaaan)-so my plan is satu luggage isi baju aku ng irina(brg hubby takde sbb tak ikut), satu lg beg sangkut kat bahu nak isi segala toiletries susu thermos sumer..haha ok kan? dah terbyg dah aku ngan penuh gayanya kat airport melangkahkan kaki dgn sebelah tgn mendokong irina, sebelah tgn lagi menarik beg sambil mengontrol jalan walaupun hakikatnya masa tu sure bahu dah nak rebeh n tercabut sbb ada gantungan beg susu dan thermos disitu.

Luggage status as of tuesday 10.30pm(yesterday nite)..

celahmananya ni?brg irina jer dah nak penuh satu beg,tu baju aku yg tersadai kat luar tu tak tau nak sumbat mana dah..kena filter lg nih..susah2 kang aku ambik kain batik then cerut n ikat sesumer baju tu pastu suruh jer adik aku pikul buntil tu nnti hahaha,sesuai!
so,i'm off to langkawi tmrw with my other kakaks, kakaks hubby n my adik, only be back on sunday, 4D3N trip!

p/s:sila lah mendoakan agar irina tidak menjakunkan diri diatas plane, aksi2 spt menangis tanpa henti spjg perjlnan, ataupun berlari2 kegirangan dlm flight ataupun mengecek mknan penumpang lain adalah sgt merunsingkan,tp adalah lagi gerun apabila memikirkan kalau irina mengambil keputusan utk memberak di atas sana..take care ya all!

Monday, February 05, 2007

kehangusan duit di hujung minggu

Hi anda semua..

How was your weekend?

everything went great and fine?ok that's good..

mine?hoho tidaklah sebagus anda kerana ia adalah penuh dgn aktiviti kehangusan duit dan perasaan dimana telah melangkah masuk ke dlm klinik tanpa meyedari the next split second akan kehilangan ratusan ringgit..tapi perasaan gundah gelana kehangusan duit diredakan tatkala mengenangkan ia adalah utk kebaikan the one and only intan payung gunung ganang, iman irina..



this thing really cost us a 'bomb',melotup poket gue,eh bukan poket laki gue actually heheh


the chamber, 2 boxes of inhaler,dan ubat ubatan syrup lain all together at the price of almost RM300, dgn harga yg sebegitu terus rasa mcm nak susun jer benda ni cantik2 atas robok buat hiasan,boleh?to be more precise:

-inhaler + medicine RM155

-other syrup medicine RM40

-consultation RM70

-Neubilizer RM18

Haaaishhh..bkn susah sgt pun duit nak terbangkan?


there u see..pity my little gal kan?but she quite enjoyed the moment of inhaling the gases using that chamber,tgkla, member cam rilek jer sedut gas sambil tgk tv,mungkin dia berasa 'oh adalah sgt cool apabila memakai mask ini dan kelihatan spt Darth Vader' heheh

Actually, she has been coughing badly for quite a month already. We already brought her to the family clinic 3 times and the end result was not that good. Despite of no longer experiencing heavy and wavy chest, the phlegm inside her lung is so stubborn to be ridden of. She'd been consumed a variety of cough, flu and phlegm syrup but still to no avail. adalah kurangnya tp tak betul2 baik..abis jer ubat, dlm masa seminggu tu start la berkahak blk, everytime she giggled or cried,boleh dgr kahak tu mcm membuih2, membuak dan meledak2 (over kan expression ni) kat dlm dada,sian irina..(HM, that's y la i tak dpt pergi aqiqah Aidan huhu)-so that's y we decided to bring her to paed yesterday,and the doc said yg kes irina ni setakat mkn ubat tak jln dah,most probably she's allergic to air yg tak bersih,and she need extra and intensive treatment to cure it thoroughly, luckily she has no lung infection, kalau tak confirmla ke hospital.. well, tak sangka jugak yg irina dah smpi tahap kena buat home treatment beli gadget and all,dulu2 tgk Ija buat kat aliff berkata gak 'sian anak sedara aku,sian mama dia kena buat treatment routine,dah kena depend kat alat ni,blk kg pun hangkutla inhaler bagai'..eh tetiba kena lak kat aku ng irina huhuuuu

that's one part of it..the other bright side of the story ialah kami telah menghanguskan lagi saki baki sisa duit yg ada dgn membeli satu lg tv so that tidak perlu lah lg berebut2 tv dgn darah daging sendiri yg kdg kala membawa kpd luapan perasaan yg meledak2 dan jugak tidak perlu lagi menjadi spt katak di bwh tempurung akibat tdk menonton berita..


tadaaaa.. bersantai sgt kan orgnya dpt meng'conquer' tv sorang2 dlm blk dan menonton segala2 vcd barney yg ada tanpa perlu mendgr mommy melakukan percubaan menipu dgn berkata 'esok la pulak tgk eh,barney sleep already' atau mendgr abah berkata 'barney ialah bani israel,now i know how much i hate barney' sambil muka separa ikhlas meng'off' astro dan meng'on' vcd barney heheh-so baby,the tv is all yours,mendamparla dpn tv tu sepuas2nya tanpa gangguan..and kitaorg pun happy2 gak kat living room dpt tgk fav programme

tetapiiii..adalah plak tapinya kan..tidaklah pernah terlintas dan tergambar difikiran bhw keadaan akan menjadi sekronik ini dimana akan mengangkutla jua segala mak bapak mainan masuk ke dlm blk tido sbb mahu bermain2 sambil menonton barney..maka tidak ubahla blk tido itu spt sebuah tapak perkhemahan pengakap.. mmg sungguh men'turn off' kan suasana2 romantik didlm sebuah kamar beradu utama but anything for u la babe..mommy rela dlm pasrah..