Bubbles of Life

Life is what life is

Wednesday, April 25, 2007

Anak Bapak

Irina is getting closer with abah rather than with mommy lately..mommy's time with her now is only during bath time, mealtime and 'cebok' time (bab berak baru nak kt mommy la kan..) the rest of the time adalah sgt kamceng dgn abah dan tidak mempedulikan mommy-reason being is..

Play Station 2!

She's now sharing a passion of playing PS2 game with abah since mommy adalah buta technology dlm perkembangan games2 terkini(tau main brickgame je)-the impact of having PS2 at home is quite obvious since irina yg begitu mengagungkan barney sebelum ini sepertinya sudah melupakan makhluk ungu kesygannya itu,barney bukan lg makhluk yg hebat di mata irina krn ia telah di ambil alih oleh 'finding nemo' game or 'Pacman' racing game.

walaupun mommy agak sedih krn kurang men'spend' masa bersama anak, tetapi keadaan abah adalah lebih menyedihkan apabila sentiasa dipaksa oleh anak utk bermain game tidak mengira waktu, teramat sadis apabila ianya berlaku disaat kritikal dan meruncing spt kesakitan perut yg memulas hendak terberak ataupun dikala mata yg teramat mengantuk berkendakkan bantal ttp dipaksa utk bermain game..sadis bukan?


2 bestfriends share the same interest and passion di atas tilam kupam

pandangan depan, muka yg penuh kekhusyukan..

kita close-up sket, hah kemain lg gayanya kan?sebenarnya dia pandai tekan satu butang jer i.e butang 'accelerate', console ke kiri ke kanan dia tak reti,so kalau race ng abah, slalu la keta masuk longkang la, laut la..hehe

haaishh..rindu plak saat2 bersama anak menonton barney dan menyanyi lagu 'itsy bitsy spider' sambil bertepuk tgn dan menari2..

In the meantime..

tgk gmbr kat atas,my sis ckp mcm anak org acheh bila pakai tudung ni,tp mmg pun kan hihi

katanya bestfren dgn abahkan, so mana2 abah pegi pun asik nak kepit even abah nak sembahyang..


tak tahan btul tgk, kalau aku yg tgh sembahyang tu,mesti letih tahan ketawa,nmpk sgt aku sembahyang tak khusyuk heheh
whatever it is, my anak dara now ni mmg anak abah!huhu

Friday, April 13, 2007

bye-bye kodok..

At last we managed to weaning Irina off her pacifier!woohoo!

cewah ‘we’ la pulakkan, tiba2 aku meng’claim’ credit! actually ma is the one who took a drastic effort of weaning irina off her lifetime bestfren si ‘puting kodok’

remember the cheeky gal was with my MIL for the past 3days rite?so within these days ma worked out an effort to detach irina with her puting. Actually before this,a few attempt were already taken to wean her off i.e sapu bawang putih dekat putting, sapu lipstick kasik merah menyala puting tu dgn harapan kelihatan spt darah dan akan menjadi kegerunan tapi adalah gagal, rileks jer la kan member suruh basuh puting..then there's also few ideas waited to be carried out such as menyapu minyak gamat atau minyak cap kapak dekat puting (idea given by adik,mcm percubaan menganiaya anak gua je ni) tp mcm tak sampai ati la pulak kan,kot kang jadik kes lain sakit perut ke apa tak pasal2.

then only last week we planed to cut a bit of that puting (the end part) so when she suckle on her puting nnti rasa tak syok,so lambat laun nnti dia taknak (tips jiran bagi)-well,tak smpt nak eksperimen ma dah kasik settle problem yahu!thanks ma!how my MIL did that?she just simply said that the pacifier is not good for irina's mouth.. “nanti mulut sakit, tengok junior pun tak isap putting sbb mulut sakit, ibu pun tak hisap putting sbb mulut ibu sakit, (read:junior dan ibu merujuk kpd kucing peliharaan ma dan irina sgt rapat dgn mereka) so irina pun tak payah la isap eh” and irina pun mengangguk2 sambil cakap “ok,irina throw puting eh,irina throw” sambil betul2 membaling puting katak bestfren nya itu konon2 taknak isap lg la..then asikla ckp “tak payah puting nanti sakit mulut, ibu sakit mulut,junior sakit mulut..bla bla” dan asik la mengulang ckp benda yg sama heheh

so simple kan?tapi menjadik,pandai ma buat trick but actually taking away her pacifier 100% is not an easy task-kalau tgh bermain dia leka la tak mintak, tapi bila dia nak tido start la carik puting, mula la merengek2 nak nangis, she really wants her bestfren melekap kat mulut when she's taking her nap and part yg ni la kena sabar sket pastu hati kena kasik kering, takleh dilayankan..and last nite was the first time I managed to fully control of myself from giving irina her puting even dia dah menangis melalak2,dlm hti jgn ckp la mmg kesian tapi taknak kasik muka dah kali ni,mesti buat betul2 punya baru betul2 berkesan andddd... end up aku tido kul 1.30 mlm td sbb irina susah nak tido..sian dia,gelisah pusing sana sini sbb takde puting kat mulut..bkn apa, risau sebenarnya irina is too addict with her puting, gigi tu dah ala2 nak 'jong' kat dpn,tu yg kena stopkan jugak tu-well, i never have any idea that greenish puting katak sebegitu kejam sampai memberikan effect yg sebegini sekali pd anak aku sheesssh!tapi akhirnya irina berjaya tido jugak tanpa puting bertampal kat mulut yeaah!!

And this morning adalah pagi yg paling mendebarkan dan hati sgtla tidak keruan sepjg perjlnan ke tmpt kerja kerana 1st time hari ni hantar irina ke nursery tanpa bestfrennya si kodok..

' si kodok' instead of berada di nursery telah berada didlm celahan handbag dan telah mengikut pergi ke ofis..ni bkn apa standby jer,kot irina menangis tak berhenti nak puting then nursery call bolehla terus hantar..risau je kot2 dia dah tak tahan nak hisap then main rampas je puting anak sesapa,dlm hati ni doa jer biar dia ok,kronikkan penangan kodok ni

hopefully it's about time for irina to bid final farewell to her longlife bestfren si kodok, mereka takkan bertemu kembali utk selama2nya..

antara saat2 manis dan gembira irina dan si kodok yg smpt dirakamkan dimerata tempat..semua kini hanya tinggal kenangan..

di bengkel kereta..

di atas flight..

di dlm kereta..

di blk hotel..(yg ni kembar kodok,nama dia kodak)


bye-bye si kodok..

Tuesday, April 10, 2007

Jangan Pandang Mana-mana

Memonteng kerja, berpeluang melepak di shopping complex ,berwindow shopping sepuas2nya sambil men try baju itu dan ini (even tidak membeli walau sehelai), menjamu selera dan berbual2 mesra tanpa perlu berebut masa, and at the end of the day menonton wayang; dan kesemua perkara2 diatas dilakukan bersama org yg tersyg, menarik bukan?at least utk seorg ibu yg rutin hariannya sentiasa padat, this kind of break is really something ecstatic to have.

That’s what I did yesterday, dating with my favorite guy; meluangkan masa dan menikmati saat berdating berdua2an tanpa perlu memikir berebut ke nurseri menjemput anak-boleh tekakan irina takde, spt biasa la MIL pinjam,so mommy ng abah kembali la ke zaman berdating..

mengisi perut b4 tgk wyg,2 mcchicken with fries and coke (monday gift,beli 1 big mcchicken set,dpt free satu mcchicken lg,bestkan) sos cli yg meruah, tiada kelihatan bubur ayam atau happymeal spt pengorderan biasa,see kami mmg berdating-ngap ngap burger,borak, cicah2 sos,ngap2 lagi, ketawa,hirup air,mengilai, ngap2, mengumpat, borak2, burppp alhamdulillah..ahhh,we really took our own sweet time, lama dah tak dpt peluang bersantai camni
tiket dah tersedia utk 2 org..tak sabar dah ni, lama tak tgk wyg,last tgk cite Pirate of Carrabean, cite tu pun dah nak kluar 3rd sequel, lama dah tu, so excited lebih ni!
tetapi pengakhiran kpd hari semlm adalah sgt tidak best kerana..
kitaorg tgk cite ni dan sepjg mlm semlm aku telah hidup dlm ketakutan!huhu! menyesal pilih tgk cite ni,serius aku sakit jantung kat dlm wayang tu, aku rasa dr mula sampai abis aku byk tgk cite ni dr celahan jari, takpun dr celah ketiak hubby,takde ke maknanya kan-samada aku yg mmg penakut or cite ni mmg seram tak tau la, hantu dia kluar mengejut2 tu yg tak thn tu.
at 1st hubby planned to watch '300' movie, but since cite tu takde, so we just tgk je la cite Jgn Pandang Belakang ni since ramai ckp cite ni bkn typical horror malay movie (and of coz not the one directed by that so-called prof or si Haslam tu, ke Selam?) , ada kelainan la dgr citenye dan cik kak ni yg konon2 berani kan bersemangat la nak tgk,janji tgk wyg katanya..sudah2nya mlm tadi hidup dlm ketakutan,nak gi dapur sorang2 takut, nak tgk cermin takut, nak mandi takut (aku mandi bukak pintu ok) dan yg paling kronik ialah terpaksa tido menghimpit hubby walaupun bilik panas dan berkuwap-kesudahan dating yg sgt tak menarik bukan?huhu..
u all pergi la tgk cite ni n tell me seram ke tak, ke kot aku yg mmg dasar penakut tak tau la pulakkan hihi
p/s: ada warning org2 sakit jantung or ibu mengandung tak digalakkan menonton cerita ni, so HM u better not and zura kalau nak tgk cite ni jgn bwk aiman tau, zura bwk bantal jer buat tutup muka ngn telinga hihi

Tuesday, April 03, 2007

saya anak jati muar

I had a wonderful weekend, apalagi kalau bukan blk muar and berkumpul sekeluarga beramai2, susah nak dpt peluang kitaorg 5 beradik sekali balik, tu yg best bila semua ada.

Part of happy jumpa mak abah and berkumpul adik beradik, being in muar is already a bliss,i just love muar, the town itself,tmpt aku membesar dr kecik smpi la dewasa (tiba2 sentimental).. the place is so preserved, not too kampung,not too bandar,i could say it's a moderate town and if i am given an option wether to stay in kl or muar,no doubt and fullheartedly i would say muar is my choice (mentang2la kampung sendiri kan heheh)-best tau muar ni, tak boring and boleh thn happening gak,and even happening pun takla hectic sakit kepala mcm kl, so tu yg best tu,tp kampung sgt pun tak syok gak sbb nnti mati kutu,but muar ni as i said,dia balance,moderate..so ada a few places yg best; ada tanjung emas tmpt rekreasi melepak tepi sungai, then ada bot bwk menyusur sg muar,ada driving range,ada bowling, tmpt main futsal,mini cineplex, hypermarket econsave (dekat sesgtla ng rumahkan,jalan kaki pun boleh),7-e pun dah byk, hah mcm2 ada tau-food pulak, of coz la mknan terkenal muarkan i.e mee bandung,otak2 muar, then mee siput,murtabak s'pore, medan ikan bakar(ni mmg fav hubby,everytime blk muar mesti nak pekena ikan bakar sabak awor)-fastfood pun byk dah,pizzahut,mcd,kfc..hah cite psl fastfoodkan, recently i balik happy sgt!happy sbb ada...ada...SECRET RECIPE!!WOOHOO,caya la muar ada secret recipe tuuu..


posing di secret recipe cawangan muar..


tak tipu tau,tgk banner tu,hah ni pulak duta secret recipe cawangan muar merangkap pemandu kpd mak irina pd hari itu.
happy sbb ada secret recipe, terus la kitaorg gi membeli birthday cake utk irina and mentor dia,who else kalau bukan Nur Qistina Asyura..tak abis2 lg aku ni cite psl b'day irinakan, actually plan asal mmg nak buat b'day party utk irina kat kl, tp terpaksa cancel sbb ada jer hal2nya masa weekend,last weekend lak dah blk muar,nak buat this coming weekend mcm dah basi la pulakkan,lama sgt dah masuk april dah-then dah alang2 blk kg semua ada belikan aja la kek,buat syarat kata org,saje bg birthday girls happy..

birthday girls...3 years old qistina(1st march) and 2 years old irina (21st march)-sempoi jer acara potong kek,birthday girls pakai baju tido jer,ni ala2 konsep pyjama party la ni heheh-tokmak dgn kain batiknya,tokbak lagi la berkain pelekat tak pakai baju,tak gamak la pulak nak tunjuk kat sini heheheh


qistina happy nyanyi sambil tepuk tgn, irina teruja sampai melopong

dah melopong lps tu tak tau nak tiup lilin, mentor sdg menunjukkan lilin yg perlu di tiup
"ini protege saya, saya akan membimbing dan menurunkan segala ilmu penundukan ibubapa yg telah saya mahiri kpd irina,irina juga telah mula menunjukkan kemajuan didlm menguasai beberapa kemahiran penundukan ibubapa ini,saya bangga terhadap pencapaiannya" -Nur Qistina Asyura

birthday girls,may u be a good daugher to your mama and mommy as same as your mama and mommy play a good daughter to tokbak and tokmak(smpt lg memberi credit kpd diri sendiri)-nak blk muar lagikkkk..