Diari Aidilfitri 2006
Location: Marang, Terengganu
Tahun ni turn beraya kat terengganu dulu, seronok jugak sbb we all jarang dpt blk sana,so masa raya ni la nak jumpa semua sanak saudara kat sana..alhamdulillah..dah kawin ni sedara mara pun dah bertambah berkembang n bertambah ramai..sepupu sepapat mak sedara atuk sedara sume nak kenal masa berkumpul raya ni la pun..ramai org ckp negeri pantai timur suasana raya tak meriah sgt,but not for my in law punya family, meriah!lbh kurang sama mcm suasana beraya kat Johor,mana taknya sedara mara kat t'ganu ramai!hah tapi bezanya tang marhaban, sini takde aktiviti marhaban mcm kat rumah muar, kalu ada sure lg best..first raya mmg tak gi memana, dr pg sampai ptg tetamu dtg, sng cite tgn aku tak smpt kering asik dok basuh pinggan gelas kat dapur, mmg ramai la yg berkunjung, penat tp seronok jumpa sanak saudara!
1st day raya-24th Oct 2006, Tuesday
melayan family mkn di pagi raya, ma masak rendang ayam mkn ng ketupat palas, pastu nasik dagang n miera masak spagetti, sedaaap..but pardon me,bila sebut hari raya aku mesti nak mkn ketupat nasi esp dgn lodeh n sambal kacang,ni lauk wajib kat muar selain kurma daging n ayam masak opor-rata2 kat sini aku tgk mmg juadah ketupat pulut, mkn ketupat pulut ok tp cam tak kenyang n tak puas, dasar perut melayu tulen aku ni!
dah melantak di pagi raya,berposing lak with my LITTLE babe..konsep hijau thn ni,tp hijau irina mcm terlari konsepkan?hihi
berposing with my BIG babe pulak
Us di pagi raya..ma, remie, miera, big babe, little babe n hot babe heheh
2nd day raya-25th October 2006, Wednesday
turn kitaorg lak beraya merayap rumah sanak sedara..ni kat rumah long,syok umah long ni betul2 tepi pantai!
Raya kali ni irina la paling seronok, dpt tgk lembu kambing, main ng ayam, duduk lepak tepi pantai, tgkla muka dia yg penuh keterujaan ini..mcm muka culture shock pun ada gak
dr pagi smpi ptg kitaorg beraya,tp blk awal gak sbb mlmnya nak buat persiapan utk satu majlis penting, selain drpd raya we all look forward for this majlis jugak..majlis apa?
3rd day raya- 26th October 2006, Thursday
Miera's engagement day!!selamat akhirnya miera ditunangkan dgn her man Mr Syawal, alhamdulillah,thn dpn insyaAllah bertambah la menantu ma..mengambil berkat bulan syawal utk bertunang dgn Syawal..eh eh rhyme pulak bunyinya hehe,congrats sis!n you looked gorgeous too-ma jamu nasi beriani with dalca n ayam masak merah,laksa penang pun ada,mmg meriah hari tu!
raya ke-4 which was hari jumaat,kitaorg bertolak blk Muar, sampai muar dah ptg, hari sabtu pulun beraya rumah sedara,ahad blk kl dah..huhu..tak puaaaaaaaaaaaass!nak raya lagi!gambar kat muar pun tak smpt nak snap..takpe la thn dpn pulun habis beraya kat muar,kalau pjg umur murah rezeki..insyaAllah..