Bubbles of Life

Life is what life is

Thursday, September 17, 2009

Puasa dan raya

how's my puasa this year?

hectic, super duper busy.

Busy kt ofis and busy kt rumah.

kadang2 rasa takde masa nak bernafas.

semuanya tak sempat.

tak sempat update blog.

tak sempat shopping secara berleluasa.

tak sempat ulit diri.

tak sempat berterawih erkk (mak mesti menangis baca ni)

tapi saya merasa agak bangga jugak krn dlm bdn penat2 tu smpt jugak saya rush blk rumah dan memasak juadah buka puasa. I dare to say almost everyday memasak,dgn baju ofis make up gemerlapan masuk dapur pegang senduk ketung ketang ala2 jamie oliver.cuma adalah a few days yg berbuka di luar,ada buka di rumah mak mentua,dan juga attend function2 bukak puasa di hotel2. (nomee,i bukak pose kt grand blue wave friday 11th,tak smpt nak rasa 50% disc huaaa). oh dan thn ni rekod kena outstation entertain client bukak puasa di bt pahat,di Katerina Hotel.dpt lah bermlm di rumah mak abah kt muar. dpt jugak hilangkan rasa rindu yg mencengkam kt mak abah,bukak fridge tgk sisa2 makanan yg mak peram then ambik bau helmet abah..ahh..rindunya..

even bln ramadhan bdn ni penat skit drpd biasa,plus tak cukup tido sbb every nite tido pkl 1pagi then bgn pukul 4pagi goreng nasik utk sahur,tp rasa syahdu tetap ada bila ramadhan semaikn hampir pergi. slalu terfikir ntah ada umur ntah tak utk berjumpa dgn bln ramadhan thn dpn, berpeluang kah lagi berbuka bersama suami dan anak2 tercinta, berpeluang kah lagi bersahur pukul 4 pagi mkn 2 pinggan nasik goreng sambil suami menjeling dan berkata 'ni sahur ke buka'?

berpeluangkah utk merasa ini2 semua lagi di thn hadapan?Wallahualam..




















momen2 di atas akan sgt dirindui..

momen anak kecil berumur 9bln girang menemankan mummy dan abahnya bersahur pd pukul 5pagi juga akan dirindui..




SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI MARFUZA, RANO ARIFF,IMAN IRINA DAN...


IMAN IZMEER!
oh saya tak tipu psl izmeer pun bgn sahur,tgklah waktu kt pic tu,pastu tgk muka kegirangan dia
p/s:raya ni nak tempek bedak asas byk2 kt bwh mata.

Labels: ,

Wednesday, August 12, 2009

And now, everyone can fly..

Yes, termasuklah encik omar dan puan zalitah, ayahanda dan bonda saya yg tercinta. Thanks to Air Asia X yg dah menerbangkan mak dan abah ke London on 25th July.

My parents are going to stay there for 3mth temankan my sis sefamily kt sana,sambil jalan2 makan angin. 3 month k, not 3 days, not 3 weeks...meaning puasa dan beraya di sana, meninggalkan kami 3 beradik terkontang kanting di malaysia tanpa arah dan tujuan (wah sgt loser bunyiknya)

MELOPONG JE LAH BLK KAMPUNG HADAP MARDIANA DGN ISKANDAR SIDEK.

rindunya kt mak abah, rindu suasana balik kg mak abah excited sambut kepulangan cucu2, rindu kt lauk pauk mak masak, rindu kt hidangan sarapan pagi yg penuh semeja di beli oleh abah,rindu bebelan dan nasihat mak, rindu bau helmet abah, rindu segala galanya..





puan marniza happy ya dpt kidnap mak ng abah

















qistina yg comel, mummy rinduuu sgt kt awak ng alip











car boot sale

sakan shopping kt car boot sale



how i wish i can join mak ngan abah huwaaaa!!




ini lah yg paling dirindui sekarang, sarapan pagi yg penuh satu meja bila anak2 blk kampung, tiada lagi saat2 indah sebegini selama 3 bulan uhuhu..
tiada pilihan lain lagi.. terpaksa menghadap muka mardiana sahaja instead of menghadap makanan penuh di meja,oh tidaaaaakkk..

Labels: ,

Tuesday, July 28, 2009

Renjis renjis di pilis

Selamat Pengantin baru kpd adik saya yang tersayang-walaupun-selalu-rasa-macam-nak-sekel-tunjal-kepala-dia iaitu mardiana omar dan hubbynya iskandar sidek. walaupun dah 2minggu berlalu(2minggu pengantin baru lg ke?) i think it was the memorable event ever sbb itu lah majlis perkahwinan yg terakhir dlm keluarga encik omar dimana anak bongsu kesygannya yg dah byk cekik airmata makabah(wah sempat tikam lg ;p) sudah menamatkan zaman bujangnya seterusnya menjadi isteri org.

sedih juga sbb kakak saya marniza serta suaminya dan anak2 qistina dan aliff tiada utk sama2 meraikan hari bersejarah ini. Walaupun begitu akak,along dan kak ija ada amanat utk disampaikan kpd adik:

JANGAN INGAT DAH KAHWIN BOLEH MELEPASKAN DIRI DARI BULIAN KAKAK KAKAK,ALONG CEPAT KUMPUL STOKIN SURUH DIA BASUH, PASTU GI KEMAS BILIK AKAK,TUKAR LANGSIR PASTU PASANG CADAR OREN MERIAH TU,HAH MOP LANTAI BILIK SKALI



OK, mari kita mulakan cerita bergambar, sila bertahan kerana byk gmbr2 perasan cun disini


Venue: Kediaman En Omar dan Puan Zalitah, Muar Johor
Date: 11th July 2009










hah baru je ckp, kuar dah gmbr prasan model

ni satu lg,perghh tak menahan..


uish,laki sapa la percubaan jadik artis rock kapak ni


anak sapa pulak la yg comot ni..how i wish qistina and aliff could join us that day,sure diaorg happy dpt berkumpul dgn cousin2 lain..



utk kelihatan tidak melahap makan nasik beriyani 2 pinggan,sila lah makan di ceruk dapur,agak2 ada org tegur,sila masukkan kepala ke dlm tudung saji yg dh siap standby di blakang



us without beloved sister puan marniza,tak cukup korum,we miss u mar!!! uhuhuhu..



adik2 kompang yg sgt lah comel,berkompang sambil menari



majlis bersanding

ayahanda tercinta menepung tawar


giliran bonda tercinta pulak..handbag berkilat besar tu ialah kepunyaan mak pengantin,kakak pengantin tolong pegangkan sekejap,al maklum lah byk sampul duit kt dlm ya..

posing yg errrr..takpe lah anda di maafkan kerana pengantin baru..

sekali lagi utk adik bongsu saya mardiana omar, selamat menempuh alam perkahwinan,semoga sentiasa beroleh keberkatan dlm rumahtangga,semoga dikurniakan anak2 yg soleh/solehah dan beriman spt iman irina,semoga berkekalan..amin ya rabbal aaalamin..

Semoga 40thn akan dtg akak masih nmpk senyuman dan kasih syg yg sama spt dlm gmbr ni..
but of coz version senyuman takde gigi..
dan version ukurlilit pinggang yg dah menebal 2kali ganda errkk..




Labels: ,

Tuesday, July 07, 2009

Little Angel..

Uzhair syg,

Maafkan auntie atas kelekaan dan kealpaan..

Maafkan auntie atas kelewatan menulis tentang kehadiran uzhair yg sememangnya sgt di raikan. Auntie sepatutnya menulis tentang uzhair sebln 3 minggu yg lepas.

Auntie sepatutnya berkongsi kegembiraan mummy dan daddy uzhair di blog auntie yg tak seberapa ini pd 13hb mei yg lepas. Tapi atas sbb2 kealpaan auntie dgn urusan2 duniawi yg spt tidak berpenghujung, auntie terlepas mengumumkan berita gembira ketibaan uzhair ke dunia. Namun auntie bertekad utk menulis tentang diri uzhair pd isnin dpn iaitu genap 2 bln uzhair menyinari keluarga kita. Auntie dah plan nak letak gmbr2 comel uzhair di Terengganu utk tatapan rakan2 dan keluarga di blog ini. Auntie dah plan nak tulis tentang perkembangan uzhair yg dilahirkan pre-matured 32 minggu,byk yg auntie dah plan nak tulis syg..

Namun auntie tak sangka auntie akan tulis entry ni seminggu lebih awal bukan sebagaimana yg dirancang iaitu isnin dpn dihari kelahiran uzhair yg ke 2 bln. Tapi auntie tetap bertekad utk meneruskan menulis tentang dirimu Uzhair sayang.

Uzhair lahir pre mature 32 weeks, sebagaimana cemasnya mummy dan daddy uzhair,begitu juga auntie dan uncle bahkan seisi keluarga. Tp cemas dan resah kami hilang apabila menatap wajah comel uzhair,you were so small sayang,only 1.8kg but kehadiran uzhair cukup melengkapkan kegembiraan mummy dan daddy yg mmg dah lama menantikan uzhair. Being pre-mature,uzhair keluar masuk hospital mainly bcoz of jaundice,and auntie still boleh recall how I seek advice from auntie noha bout pre mature baby,auntie try to figure out as much fact bout pre mature baby to assist mummy on taking care of you.

Uzhair, As far as I remember you,you are such a wonderful and good baby. Uzhair anak yg baik,jarang menangis, jauh sekali buat mummy dan grandma letih,as what grandma always said, rumah tu tak mcm ada baby dlm pantang,senyap sunyi spt biasa sbb uzhair sgt baik,byk tidur dan tak byk kerenah.

Then the last moment I saw u,uzhair dah gain weight!which was about 2 weeks ago,uzhair dah 2.3kg,dah nmpk berisi,mummy ckp uzhair dah minum susu byk.and the unique thing bout u,u look exactly like ur daddy from side view but also a resemblance of your mummy from front view. How auntie and your mummy giggled and enjoyed looking at you having your beautiful sleep that time.

Everything went well..u went back to tganu for 2 weeks and returned to kl last Saturday. Auntie was supposed to visit u last Saturday nite but Allah telah mempunyai perancanganNya . Auntie sepatutnya dtg hari ahad mlm visit uzhair but Allah ada ketetapanNya sendiri. And auntie put a hope to meet you on Monday nite but again..Allah Maha Besar telah merancang dan menentukan segala-galanya...

When I heard the bad news yesterday at 10.15am,it felt like a sharp blow struck me down, my heart broke into pieces as well as my tears falling down my face. Betapa berat hati kami semua melepaskan uzhair pergi, lagi berat bebanan emosi yg di tanggung mummy dan daddy uzhair. Betapa remuk hati kami sekeluarga,remuk lagi hati mummy yg mengandungkan uzhair dgn segala kepayahan. Uzhair pergi terlalu awal sayang..meninggalkan
mummy,daddy,grandma,grandpa,auntie,uncle rano,uncle remie,kakak irina dan abg izmeer,this is so sudden sayang..

Tapi,kami redha dgn ketentuan ini. Sudah termaktub bhw Shamir Uzhair Bin Ahmad Shawal hanya dipinjam kan kpd kami utk 53hari. Sudah termaktub Shamir Uzhair Bin Ahmad Shawal mejadi hak milik mummy dan daddy mu hanya utk 53hari. Sudah tertulis grandma dan grandpa hanya mampu memeluk membelai dan mencium uzhair selama 53hari. Betapa bertuah insan bernama Shamir Uzhair yg sudah di pilih oleh Allah S.W.T diantara jutaan umatnya utk menjadi ahli syurga..sudah pasti syurga lah tempat mu sayang..

Shamir Uzhair our little angel is now resting with the true Angel...Rest in peace sayang..semoga Uzhair,mummy dan daddy akan bertemu si sana kelak..Kami redha melepaskan uzhair pergi..your are deeply missed adik..

Al-Fatihah..



in Loving Memory of Shamir Uzhair: 13th May 09 - 06th July 09

p/s: frens,pls pray for my sister miera marini and her husband shawal during this most difficult moment..semoga doa kita semua dpt memberikan ketenangan dan kekuatan kpd mereka berdua..thanks..

Labels: ,

Friday, June 26, 2009

Tribute to MJ

I remember the year when I hear the song Billy Jean and Beat it for the first time.

It was back to year 1986 at my pak uda’s house when my late cousin arwah abg zul played the song. I was 8 years old then, suka sgt melepak dkt rumah my pakuda since his house ada video player,tv Singer besar and disc player(I don’t know what they called it dat time,but it’s huge with a left n right speaker and only can play the CD,the big-black colored CD). U know my family bukan sng sgt during those years, so to have all this so-called hi tech punya brg yg abah saya tak mampu nak beli,saya adalah sgt kagum dan gemar melepak disitu mendgr lagu dan menonton video P Ramlee instead of duduk rumah sndiri mendgr siaran radio satu RTM yg mak. So di rumah pak uda lah saya mengenali lagu Beat It, Thriller and Billy Jean selain lagu Vogue by Madonna. Dan dr situ juga saya mengenali Superstar Michael Jackson dan Madonna yg masa tu cover albumnya adalah dia menyerupai Marilyn Monroe. Sgt berbeza rasanya apabila dirumah hanya mendgr kaset album Dayangku Intan dan Alleycat.

Still very fresh in my mind how that time abg zul tried to immitate the very famous ‘moonwalk’ by Michael Jackson sambil i jadik penontonnya,how badan dia yg chubby terhenjut2 cuba meniru gaya MJ sambil bertanya kt I ‘ok tak abg zul buat?terer tak?’ and I was like ‘whoaaa terer laa,tak penah lg tgk org berjln mcmni,yeay terer la abg zul!’ sambil I terus berdiri dan try buat ‘moonwalk’ jugak yg of course adalah sebijik spt penguin nak beranak bila I buat.
Then dr situ saya membesar bersama lagu2 michael Jackson. Masih terbyg2 juga akan kekaguman terhadap videoclip beliau Black or White’ dimana ada muka pelbagai bangsa bertukar-tukar,I bet most of u all ingtkan?masa tu I tingakatan dua dan masa form 5 how You Are Not Alone song helped me to go thru my bad time yg sdg mengalami krisis jati diri(wah ayat)

So this mrng when I heard bout the sad and shocking news,I just shiverd and I cant help myself from remembering those memories 20years ago. I teringat arwah abg zul. I teringat arwah makuda dan pakuda. Juga sgt2 teringat zaman susah dan senang saya semasa kanak2 dan remaja. Zaman saya membesar bersama Iagu2 Michael Jackson which I confidently quote that I laugh and i cry with his song.

He’s gone now. He will be deeply missed.

Al-fatihah juga untuk Allahyarham Zulkifli Bin Adam…

Tuesday, June 23, 2009

What's up with Izmeer?

i have loads n loads of photos of my two imans but i have no idea of what to write,i mean to write a proper cerita bergambar some sort like dat. sometimes when i have a photo and an idea to write a story related to that photo, the time is not at my side pulak. sudahnya gmbr 2-3bln lepas membasi jer dlm pendrive i. i nak kluarkan gmbr2 tu semua skang.

ok.

i wanna start the entry by wishing a happy 7month old to my beloved rajakepam,iman izmeer. Sesuai dgn usianya yg sudah 7bln,izmeer juga sudah menunjukkan tembelangnya. Tembelang susah nak tidur,mesti menangis dan berguling guling sepuluh pusingan sebelum tido, tembelang suka menjerit, tembelang sentiasa hendak org menghadap muka dia,tembelang tak boleh duduk sorang2 nnti akan menjerit,tembelang suka menarik rambut,tembelang memanjat, tembelang segala tembelang lah. ini lah budaknya yg sgtlah sng hendak dijaga sewaktu pantang tetapi kini adalah mencabar jiwa dan raga like 'tadaaaa mommy this is the real me!bersiap sedia lah!'

it's not to say izmeer is a hard to please baby but compare to 2-3mth back, adalah agak mencabar skang ya. mencabar smpi ke tahap kena beli ini dan goncang dan ayun dan zikir Lailahaillallah seratus kali baru boleh tidur.


izmeer pun dah start merangkak,i can say about 2weeks ago dah. also started to take solid food about 3 weeks ago. there i told u byk benda i miss nak update. hah izmeer pun dah blh utter ma or bah bah once in a while.

ok lah,tidak perlu menceceh byk2. Saya akan memuntahkan segala gambar2 di dlm simpanan. Sila jgn muntah pula ya.

































but, one thing that is never change.
The smile on his face.
He still put the same wide spread smile.
sbb tu dia masih lg menyandang gelaran 'mat sengih'.





happy 7mth old my busyuk mat sengih.
Love u loads!

Labels: