Bubbles of Life

Life is what life is

Tuesday, July 07, 2009

Little Angel..

Uzhair syg,

Maafkan auntie atas kelekaan dan kealpaan..

Maafkan auntie atas kelewatan menulis tentang kehadiran uzhair yg sememangnya sgt di raikan. Auntie sepatutnya menulis tentang uzhair sebln 3 minggu yg lepas.

Auntie sepatutnya berkongsi kegembiraan mummy dan daddy uzhair di blog auntie yg tak seberapa ini pd 13hb mei yg lepas. Tapi atas sbb2 kealpaan auntie dgn urusan2 duniawi yg spt tidak berpenghujung, auntie terlepas mengumumkan berita gembira ketibaan uzhair ke dunia. Namun auntie bertekad utk menulis tentang diri uzhair pd isnin dpn iaitu genap 2 bln uzhair menyinari keluarga kita. Auntie dah plan nak letak gmbr2 comel uzhair di Terengganu utk tatapan rakan2 dan keluarga di blog ini. Auntie dah plan nak tulis tentang perkembangan uzhair yg dilahirkan pre-matured 32 minggu,byk yg auntie dah plan nak tulis syg..

Namun auntie tak sangka auntie akan tulis entry ni seminggu lebih awal bukan sebagaimana yg dirancang iaitu isnin dpn dihari kelahiran uzhair yg ke 2 bln. Tapi auntie tetap bertekad utk meneruskan menulis tentang dirimu Uzhair sayang.

Uzhair lahir pre mature 32 weeks, sebagaimana cemasnya mummy dan daddy uzhair,begitu juga auntie dan uncle bahkan seisi keluarga. Tp cemas dan resah kami hilang apabila menatap wajah comel uzhair,you were so small sayang,only 1.8kg but kehadiran uzhair cukup melengkapkan kegembiraan mummy dan daddy yg mmg dah lama menantikan uzhair. Being pre-mature,uzhair keluar masuk hospital mainly bcoz of jaundice,and auntie still boleh recall how I seek advice from auntie noha bout pre mature baby,auntie try to figure out as much fact bout pre mature baby to assist mummy on taking care of you.

Uzhair, As far as I remember you,you are such a wonderful and good baby. Uzhair anak yg baik,jarang menangis, jauh sekali buat mummy dan grandma letih,as what grandma always said, rumah tu tak mcm ada baby dlm pantang,senyap sunyi spt biasa sbb uzhair sgt baik,byk tidur dan tak byk kerenah.

Then the last moment I saw u,uzhair dah gain weight!which was about 2 weeks ago,uzhair dah 2.3kg,dah nmpk berisi,mummy ckp uzhair dah minum susu byk.and the unique thing bout u,u look exactly like ur daddy from side view but also a resemblance of your mummy from front view. How auntie and your mummy giggled and enjoyed looking at you having your beautiful sleep that time.

Everything went well..u went back to tganu for 2 weeks and returned to kl last Saturday. Auntie was supposed to visit u last Saturday nite but Allah telah mempunyai perancanganNya . Auntie sepatutnya dtg hari ahad mlm visit uzhair but Allah ada ketetapanNya sendiri. And auntie put a hope to meet you on Monday nite but again..Allah Maha Besar telah merancang dan menentukan segala-galanya...

When I heard the bad news yesterday at 10.15am,it felt like a sharp blow struck me down, my heart broke into pieces as well as my tears falling down my face. Betapa berat hati kami semua melepaskan uzhair pergi, lagi berat bebanan emosi yg di tanggung mummy dan daddy uzhair. Betapa remuk hati kami sekeluarga,remuk lagi hati mummy yg mengandungkan uzhair dgn segala kepayahan. Uzhair pergi terlalu awal sayang..meninggalkan
mummy,daddy,grandma,grandpa,auntie,uncle rano,uncle remie,kakak irina dan abg izmeer,this is so sudden sayang..

Tapi,kami redha dgn ketentuan ini. Sudah termaktub bhw Shamir Uzhair Bin Ahmad Shawal hanya dipinjam kan kpd kami utk 53hari. Sudah termaktub Shamir Uzhair Bin Ahmad Shawal mejadi hak milik mummy dan daddy mu hanya utk 53hari. Sudah tertulis grandma dan grandpa hanya mampu memeluk membelai dan mencium uzhair selama 53hari. Betapa bertuah insan bernama Shamir Uzhair yg sudah di pilih oleh Allah S.W.T diantara jutaan umatnya utk menjadi ahli syurga..sudah pasti syurga lah tempat mu sayang..

Shamir Uzhair our little angel is now resting with the true Angel...Rest in peace sayang..semoga Uzhair,mummy dan daddy akan bertemu si sana kelak..Kami redha melepaskan uzhair pergi..your are deeply missed adik..

Al-Fatihah..



in Loving Memory of Shamir Uzhair: 13th May 09 - 06th July 09

p/s: frens,pls pray for my sister miera marini and her husband shawal during this most difficult moment..semoga doa kita semua dpt memberikan ketenangan dan kekuatan kpd mereka berdua..thanks..

Labels: ,

Friday, June 26, 2009

Tribute to MJ

I remember the year when I hear the song Billy Jean and Beat it for the first time.

It was back to year 1986 at my pak uda’s house when my late cousin arwah abg zul played the song. I was 8 years old then, suka sgt melepak dkt rumah my pakuda since his house ada video player,tv Singer besar and disc player(I don’t know what they called it dat time,but it’s huge with a left n right speaker and only can play the CD,the big-black colored CD). U know my family bukan sng sgt during those years, so to have all this so-called hi tech punya brg yg abah saya tak mampu nak beli,saya adalah sgt kagum dan gemar melepak disitu mendgr lagu dan menonton video P Ramlee instead of duduk rumah sndiri mendgr siaran radio satu RTM yg mak. So di rumah pak uda lah saya mengenali lagu Beat It, Thriller and Billy Jean selain lagu Vogue by Madonna. Dan dr situ juga saya mengenali Superstar Michael Jackson dan Madonna yg masa tu cover albumnya adalah dia menyerupai Marilyn Monroe. Sgt berbeza rasanya apabila dirumah hanya mendgr kaset album Dayangku Intan dan Alleycat.

Still very fresh in my mind how that time abg zul tried to immitate the very famous ‘moonwalk’ by Michael Jackson sambil i jadik penontonnya,how badan dia yg chubby terhenjut2 cuba meniru gaya MJ sambil bertanya kt I ‘ok tak abg zul buat?terer tak?’ and I was like ‘whoaaa terer laa,tak penah lg tgk org berjln mcmni,yeay terer la abg zul!’ sambil I terus berdiri dan try buat ‘moonwalk’ jugak yg of course adalah sebijik spt penguin nak beranak bila I buat.
Then dr situ saya membesar bersama lagu2 michael Jackson. Masih terbyg2 juga akan kekaguman terhadap videoclip beliau Black or White’ dimana ada muka pelbagai bangsa bertukar-tukar,I bet most of u all ingtkan?masa tu I tingakatan dua dan masa form 5 how You Are Not Alone song helped me to go thru my bad time yg sdg mengalami krisis jati diri(wah ayat)

So this mrng when I heard bout the sad and shocking news,I just shiverd and I cant help myself from remembering those memories 20years ago. I teringat arwah abg zul. I teringat arwah makuda dan pakuda. Juga sgt2 teringat zaman susah dan senang saya semasa kanak2 dan remaja. Zaman saya membesar bersama Iagu2 Michael Jackson which I confidently quote that I laugh and i cry with his song.

He’s gone now. He will be deeply missed.

Al-fatihah juga untuk Allahyarham Zulkifli Bin Adam…

Tuesday, June 23, 2009

What's up with Izmeer?

i have loads n loads of photos of my two imans but i have no idea of what to write,i mean to write a proper cerita bergambar some sort like dat. sometimes when i have a photo and an idea to write a story related to that photo, the time is not at my side pulak. sudahnya gmbr 2-3bln lepas membasi jer dlm pendrive i. i nak kluarkan gmbr2 tu semua skang.

ok.

i wanna start the entry by wishing a happy 7month old to my beloved rajakepam,iman izmeer. Sesuai dgn usianya yg sudah 7bln,izmeer juga sudah menunjukkan tembelangnya. Tembelang susah nak tidur,mesti menangis dan berguling guling sepuluh pusingan sebelum tido, tembelang suka menjerit, tembelang sentiasa hendak org menghadap muka dia,tembelang tak boleh duduk sorang2 nnti akan menjerit,tembelang suka menarik rambut,tembelang memanjat, tembelang segala tembelang lah. ini lah budaknya yg sgtlah sng hendak dijaga sewaktu pantang tetapi kini adalah mencabar jiwa dan raga like 'tadaaaa mommy this is the real me!bersiap sedia lah!'

it's not to say izmeer is a hard to please baby but compare to 2-3mth back, adalah agak mencabar skang ya. mencabar smpi ke tahap kena beli ini dan goncang dan ayun dan zikir Lailahaillallah seratus kali baru boleh tidur.


izmeer pun dah start merangkak,i can say about 2weeks ago dah. also started to take solid food about 3 weeks ago. there i told u byk benda i miss nak update. hah izmeer pun dah blh utter ma or bah bah once in a while.

ok lah,tidak perlu menceceh byk2. Saya akan memuntahkan segala gambar2 di dlm simpanan. Sila jgn muntah pula ya.

































but, one thing that is never change.
The smile on his face.
He still put the same wide spread smile.
sbb tu dia masih lg menyandang gelaran 'mat sengih'.





happy 7mth old my busyuk mat sengih.
Love u loads!

Labels:

Monday, June 15, 2009

Five Great Years

it's been a while since the last update.

I planned to write an entry bout my wedding anniversary 3 days after the last entry, which was on 29th May,the day of my 5th wedding anniversary,but somehow marfuza being marfuza, adalah sgt poyo tahap kebusy-annya, bajet busy seorg lady boss yg menguruskan beratus ratus staff serta 10 anak syarikat padahal hanya busy menjadik driver bos pegi site visit.bluergh.

ok la,straight to the point. Bersempena dgn sambutan hari ulangtahun perkahwinan kami yg ke5, this entry is dedicated to my beloved husband en R.A yg sedang bekerja di shah alam dgn ucapan 'cepatlah letak surprise anniversary gift bwh bantal, kalau nak lagi surprise letak kt celah celah lipatan spenda pun boleh,so bgn pagi nak pegi keje bukak laci spenda mar ala ala terkejut dan terharu gitu,mar tunggu tau,letak tau,eh cop,hadiah iphone tu dah beli blom?



i phone takdak, 770i ada, jadik laaa..janji ada 'i' gak kan kt blakang tu





Same like previous years, we celebrated the anniversary stuffing ourselves with good food at..



Road House Grill, Jalan Ampang



sgt special tempat ini, baldi pun naik atas meja ya,cool kan serve roti ngan kacang dlm baldi







steak yg juicy dan sgt sedaaaap,nyumm nyumm











dear my bedmate,thanks for the great dinner and the gift, saya akan berusaha dgn lebih gigih utk menjadi isteri yg baik dan solehah, lebih gigih berusaha utk menjadi tukang masak yg berjaya,lebih gigih berusaha utk menjadi pengasuh terbaik utk anak anak anda, lebih gigih berusaha utk menghilangkan babat2 dan jerawat supaya sentiasa indah di mata anda,dan juga..
lebih gigih berusaha utk meng'pau' anda.
ya anda encik rano ariff.
tahun depan iphone ya.
of course yg latest model punya. ;p

Labels: ,

Tuesday, May 26, 2009

Random

Baca blog noha td,dgn pertanyaan anda berasa hebat harini?hmm not on my side,here some of the quick notes:

-on my way back home yesterday,my boss called me only to say that i need to attend a site visit at utm jln semarak SHARP 9am (this morning) together with all the drawing and segala mak nenek document,n i was like 'sengal betul la manusia ni,afsal laaa tak ckp ng aku awal2?boleh la aku bwk blk siap2 drawing tu sumer then just go to jln semarak straight frm my house.ni tak,dah tak pepasal aku kena dtg dulu opis pepagi buta amik brg2 sume then only gi jln semarak,menyusahkan laa, tau kan shah alam-pj jem dia mcmana?ni lagi pulak aku nak kena tempuh jln tun razak,jln tun razak yer,bukan jln bentayan muar,menciii

-smart tunnel tu takde la smart sgt, masuk2 tolgate je dah jem,all the way dlm tunnel up to the exit jemm,i dont know sbb nasib aku malang pagi ni ke or mmg tiap2 hari jem dlm tunnel tu,mntk balik 2hengget aku skang,tak berbaloi baloi lnsg

-telah membuat lawak di persimpangan besar dpn tabung haji tu,kan org ni nak cpt so berhimpit2lah kt tgh simpang tu,and tak smpt nak lepas the green light,dia dah tukar red light and my car je seketul ketul di tgh simpang yg besar tu ya,yess,berjaya membuat lawak di tgh2 bandaraya kuala lumpur,perlahan2 drive dan menghimpit ke tepi utk memberi laluan kenderaan lain sambil membuat muka sardin,dah beranak dua pun penyakit jonah tak hilang hilang lg ;p

-i need to go to jkr hq behind bank negara plak pasni,letih pg td tak hilang dah kena drive my boss there-dah tau byk gak selok belok jln dlm kl ni, sikit hari lagi boleh buat part time jadik driver teksi sapu,keta pun dah ala-ala teksi sapu kan

-roti canai dan nescafe tarik yg saya pekena dpn gerai menara celcom dah membuatkan perut ala2 memulas spt mahu mencirit,dah ni nak kena kuar plak,nak memburukkan lg keadaan sakit perut dlm keta tgh2 jem teruk,erkk ngeri

hanya satu je kejadian hebat yg telah berlaku,iaitu my buddy's wedding last sunday nite. Hebat
lah sbb selain dpt mkn lauk pauk kenduri kawin yg nyummm,telah dpt jumpa geng geng lain gak,best best

so to shai and mahathir, selamat pengantin baru,selamat lah menempuh hidup berkeluarga,cpt2 ada baby boleh join 'the lynette club'!









sorang muka sepuh,tepek bedak berkilo kilo bajet cover jerawat,sorang lg kt blakang tu muka berkilat2,dah sesuai la tu
dahla,nak ca alip bot
tata.

Labels: , ,

Monday, May 18, 2009

Run Irina run!

Yesterday was irina's kindie sport day. In fact there were 5 smart reader centres based in shah alam took part in this event. It started as early as 8.30am and finished around 12noon.

The main thing is i still cannot believe that yesterday i watched my own daughter participate in school sport. I mean,it feels only yesterday pak Omar dtg sek ren Sultan abu Bakar, berdiri di tepi padang bertepuk tgn sambil berteriak memberi sokongan kpd seorg kanak-kanak hitam comot dan kurus yang tersemput semput berlumba lari dgn berkaki ayam.

rasa mcm baru semalam kedgran mak dgn abah ckp 'wah,best la dpt hadiah kaler, nnti lari laju2 lagi ya' sambil mengusap ngusap kepala kanak2 itu. dan rasa mcm baru semlm jugak kanak2 perempuan hitam rambut jarang dan berbau masam itu menggenggam erat hadiah kaler pensil luna yg dimenanginya sambil bertekad utk berlari dgn lebih laju lg pd thn hadapan.

semuanya rasa mcm baru semlm terjadi.

tuptup jer semlm dah tgk anak sendiri berlari2 participate dlm sukan, and tuptup my turn pulak duduk tepi padang (futsal court actually) berteriak sambil bertepuk tgn memberi sokongan kt anak. Tak lupa juga membuat muka riak apabila team anak menang sambil memekak-mekak di balik jaring court 'good job irina!good job!' Over tak over marfuza semlm.

dahtu boleh pulak nak rasa terharu sampai bergenang air mata. Dgn gaya dramatic ala ala pelakon drama slot samarinda, air mata yg bergenang di balik kaca mata hitam itu dikesat perlahan2 dgn tisu tesco. ye lah mcm tak sangka ini lah dia budaknya yg melalak lalak masa pantang,ini lah dia budaknya yg buat mak dia hampir meroyan berlari2 dgn kain batik,daaah masuk pertandingan sukan ,kejap jer besar dah...

anak makin membesar,umur juga makin bertambah, pangkal umur dah angka 3, masih tak sedar sedar diri jugak,apa lah nak jadik..semakin laju lah air mata yg merembes dibalik kaca mata hitam itu uhuhuk

cukup lah drama sebabak ni. Meh layan gmbr pulak ;p
































This saturday ada parent-teacher meeting pulak, nak bincang psl result mid term exam yg baru lepas. Ala ala hari terbuka ambik report card la ni. mana rupa lah pencapaian anak dara sunti saya ni ya.
Jgn air mata meleleh lagi bila tgk result dia sudah laa ;)

Labels: , ,

Thursday, May 14, 2009

Seronok juga dapat menyambut Hari Ibu di katil 3 Kubikal 1 Wad Kanak-kanak Hospital Muar






















Happy Mother's Day!
i love being a mother
i love being a mother
i love being a mother
i love being a mother
(akan sambung menulis ini sebanyak 17 muka surat di buku latihan sekolah) ;p