Bubbles of Life

Life is what life is

Thursday, March 09, 2006

Wanita

Semalam ialah Hari Wanita..kalau tak dgr radio Era pagi2, aku pun tak tau yg semlm ialah hari meraikan wanita2 di seluruh dunia..mmg takde apa2 special occasion pun, taklah diraikan dgn meriah siap ada cuti umum, tapi kewujudan hari wanita ni sebagai lambang menghargai dan mengenang jasa dan pengorbanan kaum Hawa kpd kepesatan ekonomi dan sosio budaya negara kita..

Org perempuan skang bukan mcm org pompuan dulu2..mereka tidak berpeluang utk membantu dlm perkembangan ekonomi keluarga dan negara, kebanyakannya hanya berpendidikan rendah,cukup sekadar tahu membaca dan menulis,seterusnya jasa dan kudrat hanya dpt dicurahkan dlm hal2 kebajikan rumahtangga dan mendidik anak..ya masa tu peluang tidak byk diberikan kpd kaum kita dan kita sinonim dgn ayat..”ala..belajar pandai2 ke ceruk dapur jugak nnti”..but gradually keadaan berubah, tak mcm dulu. Kaum wanita antara peneraju2 penting dlm membantu menjana ekonomi, tak kira la dlm sector apa sekalipun dan aku serta sebahagian besar rakan2 wanita yg lain antara yg termasuk dlm statistic ini..kita bekerja utk membantu ekonomi keluarga dan dlm masa yg sama masih memikul tanggungjawab sebagai seorg isteri dan ibu..bukan kata dah bekerja, kita terlepas dr segala kerja2 pengurusan rumah dan anak..even now we have option to hire maid utk membuat kerja2 rumah, but tugas menjaga dan mendidik anak?kebajikan suami? masih lagi dibahu kita kaum wanita dan itu bkn sesuatu yg mudah utk dilaksanakan serentak-imagine this:kalau anak liar terbiar, org masih akan ckp..”tu la dulu mak tak reti didik anak, sbb tu anak mcm tu”..see..org akan sebut nama emak jugak, bukan bapaknya..forget about the excuses that u are a working woman, you have less time at home bla bla..ppl will still blame on you as a failed mother-or a different scenario, hubby ada perempuan lain..nak kawin lagi and a very skeptical perception society will throw to us blatantly is “ hah tu la bini dia tak pandai jaga laki, tak reti urus rumahtangga..sbb tu laki lari cari perempuan lain”..see I told u, semoden mana pun kita, sejauh mana pun kita pergi, kaum wanita tidak dpt lari dr dipertanggungjwbkan dlm soal2 mendidik anak dah menjaga hal ehwal rumahtangga..cabarannya mmg besar, menjadi isteri, ibu at the same time mengukuhkan career, semuanya menuntut tenaga dan pengorbanan yg bkn sedikit, dan apa yg menjadikkan kita lebih berharga dan istimewa? semuanya dilakukan dgn hati yg penuh keikhlasan dan redha tanpa mengharap balasan dan pujian...

so aku boleh concludekan kat sini yg bukan kecik kuman jasa dan pengorbanan seorg wanita, baik wanita yg masih bujang atau pun yg sudah berkahwin, bekerja atau surirumah, ibu atau bukan ibu..masing2 mempunyai peranan dan kepentingan dan tidak boleh ditidakkan kebenarannya..so to all women out there, happy women’s day, u deserved a standing ovation friends..berbangga lah kerana kita dilahirkan sebagai seorg wanita clap!clap!

Well, yesterday pagi2 hubby dah ckp..”since hari ni hari wanita, you and Irina takyah buat apa2”..(Irina??nothing to do with her dear!)-terkejut jugak dia ambik port benda2 mcm ni..ialah so far selain dr birthday, hari ibu and anniversary, kitaorg takde nak celebrate or wish apa2 (dia plg allergic dgn valentine’s day), so when he mentioned this, I kind of terharu jugak la..

ptg kat rumah pas ambik Irina dr nursery, he said “ok takyah masak mlm ni, jom kita jln2 mkn kat luar you takyah buat apa2 pun”..best..best..

tapi ada 5 helai baju dah 4 hari berendam, ingat nak sental jap la”..

Hubby said “tak payah laa..kan dah kata takyah buat apa2"..(senyap,tiada penawaran tenaga kerja)

"Dahtu bila nak sentalnya?dah alang2 tak masak ni"..

"Ala..nanti2 boleh..hari ni takyah buat apa2..dah duduk"..

That’s my hubby..tiada ayat2 spt “eh takpe biar abg je sental” or “ayang duduk jer goyang kaki mkn kuaci sambil baring, takpe abg sental sumer”..dia tak offer nak tlg but i’m still proud of him...ok la tu yg penting niat..the thought that count kan hubby?

Baju tu tak bersental lagi..masuk ari ke-5 dah ni..eewww..

5 Comments:

Blogger Pipi said...

Yeaaaaaahhhhhhhhh.... Long live women!!!! There is another interesting topic about women dekat blog pipi. Pipi wanita sejati yang mendokong cita wanita untuk menguasai dunia.

4:49 PM  
Anonymous Anonymous said...

biasa lah lelaki ni.. sbnrnye dia boleh buat keja2 rmh, tp since ade kita, saje nk srh kita buat... nk bermanja2 lah konon.. tp bila kita sakit, x yah srh, tau pulak nk buat semua tu! suami ni kan ke cam baby jugak! ;) nk kena belai2..

btl tu mar, pompuan zaman skrg ni sama penting ngan lelaki.. tangan yg menggoncang buaian is now turut menggoncang dunia! tanpa pompuan, hidup lelaki is meaningless... nothing. sbb tu allah jadikan hawa drp tulang rusuk adam.... tanpa sokongan pompuan, tak mungkin lelaki akan berjaya... betul x? jd berbangga lah krn lahir sbg pompuan... krn pompuan bernama ibu itu 3 kali pentingnya sebelum bapa!

5:14 PM  
Anonymous Anonymous said...

Pupu ada?

2:31 PM  
Blogger Hot Mama said...

kelakar laa mula-mula baca ahh so cweetnye huby dia, then laa tak offer nak tolong.. hehehe!
most hubby are like that.... so dah ada org sental baju tuu ker belum?

3:10 PM  
Blogger mommamia said...

hot mama:thanks for dropping by here!baju tu?oh machine yg tolong sentalkan,i surrender!hubby?still tiada penawaran kerja,next year's women's day maybe?

3:46 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home