Mental
Bayangkan ini:
Tido hanya 4 jam setiap hari. Setiap pagi adalah hidup dlm kegopohan dan kekecohan kerana tidak mendgr alarm clock. Bingkas bangun dan menyiapkan diri sendiri sambil menjerang air utk anak mandi (rumah saya tiada water heater). Melihat jam yg sudah menunjukkan pukul 6.50am,gerak tgn dan kaki semakin pantas.Didlm kesuraman blk begitu pantas menconteng2 muka dgn harapan kelihatan anggun walaupun ketiak sudah berpeluh2. Sambil itu si montos di dlm playpen sudah bergerak-gerak. Kakinya spt sdg mengayuh basikal dan tgnnya menggapai2 di udara minta di angkat.
Kejutkan kakak dan mendukungnya ke blk air lantas burr burr simbah air dan mandi. Di ketika ini si montos sudah menjerit. sgt kelam kabut. Suami di manakah dikau?oh sdg mandi didlm blk air dgn tenangnya sambil menggosok dan membelai2 tubuh. Tidak mengapa.
Cpt2 pakaikan uniform kakak dan membancuh susu si montos. On tv utk kakak. Bg montos susu sebotol and salinkan diaper. Montos kenyang dan kegirangan. Jam sudah pukul 7.20am. Bergegas pakai baju dan seluar,alamak berkedut pula,tidak mengapa gosok di bahagian hadapan shj. Berlari turun ke bwh,oh itu dia si suami, dgn penuh ketenangan sdg mkn cereal di dining table. Kiss2 montos yg masih lg kegirangan. Si suami masih jua meneruskan ketenangannya dgn memakai stoking dan kasut lantas memasukkan montos ke dlm kereta. Salam tgn suami yg bertenang itu. Bye2 montos,bye2 suami(suami hantar montos ke daycare).
Start engine kereta saya pula, campakkan segala bag ke dlm kereta. Alamak sakit perut pula. Spt mahu terber. Tidak mengapa ,thnkan shj. Jam menunjukkan pukul 7.35am. Tiba di daycare utk menghantar kakak. Oh genggaman tgnnya semakin kuat, tidak mahu saya melepaskannya. Menjerit2 apabila saya menyerahkannya kpd penjaga, 'taknak,taknak!pls mommy hntr kakak,kakak suka mommy,kakak syg mommy’ begitu katanya sambil menangis. Sgt dramaqueen tp cukup buatkan hati mommy sebak dan berat. Lama juga hendak menenangkannya,10min berlalu terpaksa meninggalkannya jua dan drive ke office.
Dgn fikiran berkecamuk fikirkan anak, memandu laju masuk ke federal hiway. Slps tol batu 3 shah alam, deretan kereta ssaaaaangat byk spt tiada berpenghujung.Oh my..Hati yg gundah bertukar panas. Maka bermula lah sesi mencarut berbakul2. Sudah pukul 8.10am. Masih tersiput2 di fed hiway. Hati berdebar2 sempatkah smpi ke ofis seblm 8.30pg?Sudah terbyg muka bos jinjang yg gila kerja itu. 8.15am, di jambatan kabel sunway. Komfem lah tak smpt sampai ke PJ seblm 8.30am. Hela nafas dalam2. Bertenang dan membuka cermin kereta. MasyaAllah,jelmaan mamabosan mana pula ini?muka sgt bersepuh dan bercapuk dgn make up yg tidak sekata,rambut pula saling tak tumpah spt penyapu. Inilah akibat bersolek di dlm suram.Sudahlah jln sgt jem muka pula sgt buruk. Ini sgt menyedihkan.
honk honk maki maki memecut membrek memecut, tibalah saya di parking lot ofis. Perlu berjln 10min ke ofis pula. Tidak boleh berjln ini,perlu berlari2 anak. Oh kedengaran pekerja ofis sebelah mengusik ‘lari kak long,lari’ shadaaap u,aku dah la penat ng tension. Spt mahu dilempang-lempangkan sahaja mereka itu tetapi tidak berani pula. Hanya teruskan sahaja larian.
Tettt,punch card pukul 8.50pagi.
Oh saya lambat lagi utk kali yg ke5 pd minggu ini. Dr kejauhan sudah ternmpk kelibat bos mundar mandir di meja menunggu saya sambil tgn memegang file. Perut yg lapar semakin lapar..tunggu lah sehingga jam 12.30 hari nnti,sementara itu makanlah hati dulu,mungkin boleh menjadi kenyang.
Begini lah kehidupan saya sehari2. Saya boleh menjadi mental jika ia berterusan berlaku. Oh tidak mengapa,esok sudah cuti. Bukan sahaja cuti tapi saya ada sesuatu yg menarik utk dilakukan esok.
Selamat Berhujung minggu rakan2. Semoga hujung minggu kita akan menjadi hari yg merehatkan dan mendamaikan.*tersenyum kelat*
12 Comments:
u r having a WONDERFUL life now, rite sista?
*klap..klap..klap*
bertepok tgn tanpe rase besalah dan muke tembok cine.
Oh sungguh berkesan entry ini... baru baca pun dah rasa mengah... uh uh uhh...
bak madam kata, baca ko punya entry ni pun dah buat aku sesak napas!!!
pelan2 mar, lama nanti mesti ko bole adjust. try talk to ur husband, bagitau situasi ko ni dan minta la dia tolong sama, mcm ko urus kakak dia urus adiknya ke?
anyway, aku tgh plan nak ke melaka, reunion dgn elly dan ju, ko nak join?
smalam amir mengamuk. hubby bgn lambat so i had to mandikan dia. mandi dlm bilik dia yg no water heater. simbah je atas kepala dia. amir tak suka water ni...water ni sejuk. sambil menangis2. dgr tangisan dia, itu 2 hero yg sedap tido pun jaga mintak tengok mee ngaa. hei...pagi-pagi sudah mau kasik mummy mengamok.
dah lepas mengamok, mummy kena pulak naik komuter. kena tahan hidung weiii...bau dia sedap2 belaka :)
speaking of komuter...mar, kalau hujan lebat or jam kat fed hi, ptg2 i lepak rumah u boleh. dekat dah rumah u ngan tempat i kluar tren tu :)
Alahai... den pulak raso somput!
relax beb..... that will make you smile, laugh, bla...bla when you are all alone with ur hubby.... bila ko dah tua nanti....
nik...
shahjaril@yahoo.com
untung anak ko nak susu botol... aku ni tetiba je baby-sitter call sbb baby mengamuk nak breastfeed...
alahai sadis sungguh cerita ko nih...
mmg la kelam kabut MAr..
aku paham situasi tu...
advise aku mcm noha gaks..
srh la husband amik part..
bagi lah dia yang task yg senang..
eg tukar diapers n buat milk baby..
so ko bole urus irina n urself..
hehe maybe u should sleep aerly n wake up early too...
advise ni pon utk aku..
what happen to me..sleep early..wake up late..hehehe..pdn mmuka aku!!sendiri tanggung laa..
pulak klas pkul 8...
nnt ko terbiase lah ngan new rutin nih..bole adjust ..baru lagi mmg la camtu...
salam....
saya baru terjumpa blog awak after searching about UMRA Medical Centre...saya nak ty pendapat awak ttg UMRA MC...layanan dia, DR, nurses dan harga dia...berapa yek kalau ceaser??hopefully awak leh reply comment sy nie thru my email...thks....
my email add suzi_abdullah@yahoo.com
aduhai mar... zura terasa betapa lelahnya mar. btw, ni lah ciri2 seorg supermom! dun wori, lama2 nnt, mar akan biasa... ;)
Wah!! ini baru betul supermom.... betul betul betul...hehe (si montos itu mmg berkadaran dgn gelarannya)
adik:yeah!i love my life!and same goes to u rite adik totoks?;p
Madam markonah:i tiap2 hari rasa mengah tu sis huhu
nohachomel:mmg pun hubby uruskan montos skang,aku tak terkejar nak urus sumer pagi2 tu-reunion?bila?email aku nnti k
sally:huhu..sama la kita sally,dah mengamok2 kt rumah kena hadap kesesakan lak,i sesak jlm jem,u sesak napas dlm komuter-singgah la umah i,dekat dah tu,ikhlas i ajak ni,anytime babe,just gimme a call k
nomee:semputkan?huhu
nik shahjaril:hi nik,aiyoh long time no see lah!thanks for droppin by kt blog nih-jemput dtg rumah muo bila2 blk cuti,bwk elia n kids skali k-thanks for the words,mmgkan tua2 nnti pikir2 blk mesti gelak2 jer,experiencekan
nila:hi nila,wah!itu lg pening kepala,camne nak adjust tuh?ni baru betul boobie baby nih
Ju:ye ju,aku rasa yg penting bgn awal,sure everything in control,masalahnya tido pun lmbt tu yg pagi ala2 tak sedar diri tuh-tu la mcm ko ckp maybe baru lg,hope pasni aku leh adjust,ko sure dah boleh adaptkan
anon@suzie:salam suzie,thanks dropping by,i'll e mail to u k
zura:supermom belom lg zura,eiseai@sally adalah supermom yg sejati,mar takat superman jer, jln pun mcm nak terbang jer rupanya,laju sgt heheh
mrsboan:kan?mmg sesuai dgn nama montos tu kan?hihi
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home