Bubbles of Life

Life is what life is

Wednesday, February 07, 2007

Mari menyumbat Luggage

I hate packing things, it’s such a headache when we try to accommodate things to fit the limited luggage space, lagi2 la jenis aku ni yg sumer benda lah aku nak hangkutkan..dr baju smpi ke make up smpi ke toiletries, agaknya kalau almari baju tu boleh hangkut muat masuk keta, confirm slamat la almari tu ikut aku berjln.

Dulu2 masa bujang, packing things adalah sgt cpt dan menggembirakan, tergerak hati nak blk kg or gi overnite memana sesaat tu jugak aku boleh capai beg, grab baju, grab itu ini pastu jalannnnn..simple dan ringkas..cuba skang aku buat pusingan cpt dan pantas ni,harus byk benda yg tertinggal;kenape?sbb skang bkn pikir brg aku sorang, tp nak kena pikir brg laki ng anak skali hah tu la pasalnya tak boleh cincai mcm dulu,byk benda nak kena consider. Now ni kalau nak pergi memana, aku mmg kena pack awal, at least 2-3 hari awal, pastu buat list brg2 yg nak kena bwk;brg aku, brg hubby, brg irina. Hah cth la kan brg aku: baju jalan x helai, baju basahan y helai, brg hubby t shirt c helai, short d helai spenda z helai..haha!!bab sluar kecik ni yg paling penting, ye la sbb dia kecik kan mmg ada tendency nak tertinggal, and mmg slalu tertinggal pun kat kampung, kang balik kampung start le mak kirai spenda2 yg tertinggal ni pastu tanya sesorg ‘ni spenda laki sapa ni’ -so utk mengelakkan sluar kecik laki atau diri sendiri dipertontonkan di khalayak ramai, better aku buat list awal2 bolehla refer list then doublecheck supaya takde brg yg tertinggal..tu satu bab, bab memilih brg2 yg PERLU DAN PENTING SHJ ni yg aku fail ni. Aku ni bila nak berjln start la mental, kalau baju tu sumer baju lah kang aku rasa nak bwk, baju ni kena bwk nak pakai siang, baju ni casual sesuai nnti jln2 masa shopping, sluar ni kena bwk sbb gaya kalau pakai tepi pantai bla bla bla bykla songehnya kan..drpd boleh bwk beg kecik dah kena bwk beg besar tu yg smpi kdg2 hubby tanya ‘ni nak blk kg ke nak gi mekah?’ hmmpffff..

Hah brg anak lak, ni la bab plg headache skali, baju confirm kena bwk byk,ye la budakkan, baju diaorg cpt kotor, baju mlm jer dah confirm tukar 2kali, siang jgn citer la,kang yg mkn aiskrim la, mkn cekedees la, tumpah itu tumpah ini, tak tukar kang confirm belacan la kan..handkerchief, stoking, bib adalah wajib. Tu baru bab baju, tak masuk lg toiletries, susu, botol susu,wet tissue, berus botol, thermos sumer haaishhh..letih mak..hah ada lagi ada lagi,ia iaitu mengangkut sekali brg2 sampingan yg tidaklah penting kpd kita ttp adalah begitu bermakna kpd si anak spt bantal masam, babybear , koleksi vcd dan mainan2 favourite.

Kalau travel naik keta okla;brg hubby ng aku satu beg, irina satu beg,pastu bakul isi susu thermos ni sumer sumbat la dlm boot keta,tak muat boot letak kat seat blakang-la ni masalahnya kalau nak travel naik flight celahmanaya?giler la kan nak hangkut bakul,tin susu berbondong2 kat airport, tak vogue la kan (ramai ramai ckp,perasaaaaaaaan)-so my plan is satu luggage isi baju aku ng irina(brg hubby takde sbb tak ikut), satu lg beg sangkut kat bahu nak isi segala toiletries susu thermos sumer..haha ok kan? dah terbyg dah aku ngan penuh gayanya kat airport melangkahkan kaki dgn sebelah tgn mendokong irina, sebelah tgn lagi menarik beg sambil mengontrol jalan walaupun hakikatnya masa tu sure bahu dah nak rebeh n tercabut sbb ada gantungan beg susu dan thermos disitu.

Luggage status as of tuesday 10.30pm(yesterday nite)..

celahmananya ni?brg irina jer dah nak penuh satu beg,tu baju aku yg tersadai kat luar tu tak tau nak sumbat mana dah..kena filter lg nih..susah2 kang aku ambik kain batik then cerut n ikat sesumer baju tu pastu suruh jer adik aku pikul buntil tu nnti hahaha,sesuai!
so,i'm off to langkawi tmrw with my other kakaks, kakaks hubby n my adik, only be back on sunday, 4D3N trip!

p/s:sila lah mendoakan agar irina tidak menjakunkan diri diatas plane, aksi2 spt menangis tanpa henti spjg perjlnan, ataupun berlari2 kegirangan dlm flight ataupun mengecek mknan penumpang lain adalah sgt merunsingkan,tp adalah lagi gerun apabila memikirkan kalau irina mengambil keputusan utk memberak di atas sana..take care ya all!

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

mmg pening! sama la macam aku, baju aku ngan hubby satu beg je, beg nurin la sampai 2,3 ...iiskk...lecehkan?

lelama bila dah pandai sikit, apa yg aku buat, aku bawak pampers ngam2 je dlm perjalanan, sampai tmpt dituju, aku beli lain. kalau stay kat hotel, aku tak bawka termos dah, aku masak je air byk kali, kalau nak basuh botol pulak, aku takyah bawak berus, cumanya bila habis je menyusu, terus basuh botol tu, jadi takde la saki baki susu yg nak kena berus.pastu, kalau nak rendam botol, aku guna je air panas kat sink kat hotel tu...senangkan..oh ya, aku bawak byk sket botol, paling2 pun 3, jadi senang nak bertukar ganti dlm perjlanan...

sekarang dah mudah, kat mana2 ada tmpt nak tukar pampers baby, kekadang tu dia siapkan termos sekali, so tak yah kita usung termos ke hulu ke hilir

anyway, selamat berjalan, semoga irina sihat dan ko pun enjoy ur holiday. lepas ni baru kita citer our gathering eh? take care

2:11 PM  
Anonymous Anonymous said...

ingatkn zura sorg je yg pening kepala everytime nk b'jln, even nk stay semlm je. smpi hubby kata, "gerobok baju ng katil x nk bawak skali ke??" cisss... sbnrnye kalo blh, ng rmh2 skali zura nk bawak, letak dlm boot keta! hahahaaa..

mar ni asik lah ng b'cuti2 mesia nye.. bestnyer.. sooo... hv a safe n happy journey okay.

3:30 PM  
Blogger Nadia said...

hahahaha.. my first doter pernah bewrak dlm flight. I'm on my way to my hometown.. elok je pilot announce "cabin crew ready for take off" dia pon emmmmppphhhhhhhhhh!!! ngan muka kemik meneran..

4:40 PM  
Blogger mommamia said...

Noha:hah byk tips tu,ni yg untung ada blog ni,kita boleh share2 tips kan-tp bab thermos tu mmg aku hangkut even aku check in hotel,sbbnya irina ni isap susu tak kira masa,n slalunya kitaorg spend byk masa kat luar,balik bilik nak tido jer-kdg2 aku tgk ada gak baby tak kisah minum susu dah sejuk,irina lecehla sejuk sikit abis dia campak botol taknak lnsg minum..

zura:hihi laki kita samaaa..slalu jer kena perlikan?zura pun sama mcm mar rupanya,mmg penyakitkan rasa nak hangkut jer almari robok sumekan?hihi

chiconas:haha,mmg terer la anak u pilih timing nak meneran!hiihi,kalau plane dah nak landing ok la jugak,ni baru nak take off confirmla kena tukar pampers atas tu!

Ju:ala sempoila ko ju,aku pun kdg2 try nak buat cam ko gak,simple ng sempoi2 jer,tp kang ada je benda2 yg tertinggal,untung jasmin takde byk perkakasan yg nak di angkut,bwk yg penting jer irina ni ngan patungnya la,vcd la,vcd barney tu slalu aku terlupa kalau dia overnite kat cheras,hah dahtu kang puas la menangis nak tgk barney jenuh atuk dia pujuk hihi

9:43 AM  
Blogger mommy@lif said...

mommamia, huhuhuhu sure had a fantabulous time shopping ek? cam mana you bawak balik vision tu (ahaahaha sambil gendong anak & tarik bag?) cayalah... multi-skills gitu :p

4:06 PM  
Blogger mommamia said...

mommyalif,nasib i pergi ng kakak2 i,so kami makcik2 kiah ni la sama2 mengangkut vision n semua brg2 kat airport,we bought 2 luggage to stuff in all the barang2 + 2 vision set!fuhh u imagine la ngan anak nya,brg2 lagi,i mmg makcik kiah sgt!!hihi

5:56 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home