Panggilan Sarawak-Chapter 1
Sesampai kat international airport kuching, kami terus menaiki van yg disewa dan terus menuju je rumah keluarga abg din sbb kebetulan hari tu majlis perkahwinan adik dia..alhamdulillah..langkah kanan betul, boleh la try mkn nasi kenduri org Sarawak sambil tu tgk2 mcmana rupa majlis perkahwinan diarog..mmm sama jer,tak byk beza ng cara kita; berkompang, bersanding, mkn beradap..lauk pauk pun lbh kurang sama cuma ada tambah satu lauk special iaitu umbut kelapa masak lemak..sedap!family dia pun ramah tamah even we all tak pernah jumpa n kenal, tp mcm sedara mara, terharu rasa..
Us, with the bride n the groom serta tuan rumah..
Around 2.30pm, kami berangkat ke harbour view hotel, abah dah book 4 blk so terus check in n berehat kat blk masing2..aku stay ng adik n nadiah, bilik org bujang heheh,kami berehat dan tidur kejap sbb kepenatan,kekenyangan pun iyer gak..5.30ptg, kitaorg gi jln2 kat waterfront Kuching betul2 dpn hotel so jln kaki je, byk gerai2 mknan dan jualan kraftgn kat situ n gerai2 ni sumer berada di spjg susur sg serawak, sbb tu dipanggil waterfront, mmg cantik. Pastu kitaorg gi lak kat bazaar (pun sebelah hotel je) jual byk brgan kraftgn Sarawak spt tikar s’wak, alas meja, kain pua etc2..masa ni survey harga dulu dr kedai ke kedai,acara menghabiskan duit tak berlaku lg..dah puas survey kitaorg blk hotel.. mlm lak abg din ambik kitaorg bwk mkn kat area satok,tak lah jauh dr Bandar kuching, ada mee kolok, laksa Sarawak dan nasi goreng dabai(sejenis buah)-I kureng sikit la laksa Sarawak tu,tp mee kolok n nasi goreng dabai tu sedap, takde kat semenanjung kot so harus try!then abg dib bwk jln2 pusing Bandar kuching, tgk pemandangan di waktu mlm-kul 11 tiba hotel then zzz..
mee kolok, rupa dia mcm maggie goreng tp rasa tak sama,siap dihidangkan bersama sup
ni lah bazaar yg menjual brg2 kraftgn sarawak..berderet kedai2 mcmni kat sepjg jln..ramabng mata tgk,tu my mum ngan adik tgh rambang mata la tu
2 Comments:
Wow cantiknya pelamin. Nampak grand gitu.. Best tak masakan kenduri pengantin?
pelamin tu mmg cantik,i pun tak pernah tgk design camtu kat sini-mknan kenduri not bad,sedap la!lebih kurang sama ng masakan kita ada ayam msk merah, dalca daging,acar buah..
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home