Bubbles of Life

Life is what life is

Friday, December 30, 2005

Aku dan haiwan2..

Tadi masa nak bukak pintu keta kwn nak gi lunch, tetiba..arghhh..TIDAAAAAKK..aku ternampak bangkai anak kucing betul2 kat tepi keta member..darah dah berderau, jantung mcm terhenti jap and secepat kilat aku tutup muka and mata cpt2 masuk ke keta..this is me, kalau lah ada anugerah ‘Si Penyayang dan Simpati kepada Binatang’, maybe aku boleh jadik pemenang ,tak pemenang pun jadik top 3 finalist. Tak tau la kenapa, perasaan cintakan binatang esp kucing mcm dah over lak dlm diri aku ni. Mcm kucing td, even skang ni pun aku terbyg2 bangkai dia ng mata separuh terbukak, terkeras kat atas pasir..masyaAllah..kena langgar keta masa parking agaknya, takpe la may u rest in peace…Dulu pun terkena dah sekali, masa tu dlm keta and aku tgh berangan2 tgk kat luar tetiba nampak moving object atas jln raya..akak aku slow down and terus aku nampak kucing pas kena langgar, tgh meggelupur2..ishh..tak sanggup nak cerita lebih2..taknak ingat..terus suruh akak speed up sbb tak sangup tgk dah, nak tlg pun tau takde harapan n aku tak berani kalu part2 berdarah ni. Malam tu apa lagi, aku payah nak tido sbb terbyg2 kucing tu...sedih sgt! Even skarang, kalu aku drive and dr jauh nampak object semacam je kat tgh jln, aku mesti taknak tgk..try utk mengelak sbb aku tak sanggup nak tgk bangkai kucing atas jln apatah lagi nak terlanggar dia..so kdg2 kalau dr jauh dah nampak tu aku akan tukar lane and paling ke arah lain, seimbas bygan pun aku tak sanggup tgk!kdg2 sbb nak ngelakkan ternampak bangkai kucing aku kena horn ng driver lain..takpela..

Maybe idup aku sejak dr kecik dah mmg bergelumang ng kucing, so sbb tu la perasaan syg kat kucing tu melebih2..even masa aku bujang dulu pun aku ada bela kucing..Snowy nama dia..naughty and aktif sgt! Tp bila kawin aku bg Snowy kat kwn..takleh nak bela sbb aku dok apartment, leceh!sedih bila ingat2 kat snowy..but I know he’s now under a good care from his owner...mkn pun atas meja dah, sekali ng tuan dia!dimanjakan tahap melampau dah ni!Kat umah Muar lak ada 2 ekor, Yasser and Bozo..diaorg dah 3 thn idup as part of our family..kdg2 call mak kat kg mesti tanya khabar kucing2..aku ng adik bongsu aku la pecinta kucing terkronik kat umah kitaorg..dulu masa kecik2, kalu jalan blk dr sekolah and jumpa anak kucing tepi jln tgh mengiau2 mesti kitaorg kutip bwk blk..so sbb tu la Kutip ngan Syawal hadir dlm hidup kitaorg..(Syawal sbb kitaorg kutip dia mlm raya)..Macam Blackie, Yasser, Bozo, Sheeru, Morthy, Olaf, Owen and Arnold, diaorg dtg sendiri kat umah kitaorg or mmg keluarga dia beranak pinak kat situ.

Masa zaman bercinta ng hubby dulu, kdg2 kitaorg berdating kat SPCA (pusat kebajikan haiwan) kat Ampang,hubby pun cat lover gak so kitaorg saje je gi sana tgk kucing2 buangan kat situ and main2 ngan diaorg..ada gak kucing2 yg ditumpangkan tuan dia sbb gi oversea or vacation,tp kesian kat street cat yg dijaga kat situ, mkn minum mmg cukup tp diaorg kurang belaian ng kasih syg, so aku ng hubby yg dah berlebih2 kasih syg ni(cewah!) curahkan la a bit love and attention kitaorg kat kucing2 tu..

So about my obsession with animals..hati aku mmg sensitive skit..tak kira la apa2 binatang pun..so that’s why discovery channel or animal planet will never be my fav. Channel, berabuk la kat astro tu aku tak penah nak tgk sbb tak sampai ati nak tgk rimau baham rusa la, singa siat kulit zebra, ular telan rabbit..adoii..tak tertengok!aku sedar aku dah kronik, maybe kena jumpa psychiatrist..

3 Comments:

Anonymous xura said...

sori lah, kalo bab haiwan ni, zura cume ade belas kasihan je. kasih syg, x de.. zura ni jenis takut ke geli ke ape, x tau lah. tp x pernahnye nk sentuh binatang.

9:07 AM  
Anonymous nohachomel said...

kita serupa la mar, aku paling suka kucing, tapi skang ni dok apartment, payah nak bela kucing, ada juga diaorg terjun tingkap bunuh diri..

umah ko kat muar, macam umah hubby kat jb, jadi spca..heheh

6:49 PM  
Blogger mommamia said...

zura: mmg ada org yg geli or allergic ng bulu2an, cam member mar dulu bkn setakat geli, siap takut lg ng kucing!dia ckp kucing tu mcm rimau..adeke?kawan tu kecik comel manja je dikatanya rimau..hehe..ilusi optik sungguh!

Noha: mmg SPCA, sampai dulu penah satu tahap bg kucing mkn dlm dulang (berbelas2 ekor masa tu) dah ala2 mkn nasik ambang lak heheh

2:56 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home